Pages

Sunday, August 22, 2010

Puding Raja

 Semalam dah start shopping untuk diri sendiri. Sambil2 tu survey baju siap2 untuk the princesses so that bila nak shopping bawak diorang tak payah pusing2 lagi. Pegi terus je kat baju yang berkenan dihati. Pegi dgn Hubby je. Plan nak bawak the princesses this monday. Tak sibuk. Wekend ni almaklum le, sume org nak shopping. So, Hubby & I bought stuff for ourselves. Tp tak lengkap lagi. Bju Hubby tak jumpa lagi yang sedondon dgn baju kitaorang. This year kira ok le jugak, tak le selalu keluar shopping during ramadhan. Last year, almost everyday kitaorang keluar pegi shopping..May be sbb I tak larat sama kut this year..
  Balik shopping sempat took a nap. Then baru bersilat kat dapur. I made Puding Raja for dessert. Menghabiskan stok pisang tu. The princesses ni kureng sikit makan pisang. Ikut mood gak. The love juicy fruits like watermelon & oranges.

Puding Raja
Source: here

Bahan-bahan

Jala mas ( I tak letak pun, mmg tak tau rupa pun..:-) )
Buah prune tanpa biji
Biji gajus
Buah ceri
Pisang

Untuk kuah puding
400 ml susu cair
200 ml air
2 biji telur kuning
2 sudu besar gula
2 daun pandan disimpul
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara

1. Pisang dibelah 2.Goreng pisang dengan minyak + sedikit minyak sapi.Bila sudah kekuningan,angkat dan toskan.
2.Goreng pula gajus.
3. Satukan semua bahan untuk kuah, masak atas api sederhana. kacau hingga kuah pekat dan kemudian sejukkan.
4.Cara menghidang:
Susun pisang goreng di dlam pinggan / mangkuk.Kemudian letakkan jala mas, buah prune, buah ceri dan gajus.Akhir sekali tuangkan kuah dan sedia dihidangkan.

Note: Personally, I prefer my humble pengat pisang karamel. Tapi comparing both Hubby cakap lebihkurang je rasa.

2 comments:

Sizuka said...

zuera, engkau tak tau rupa jala mas mcm mana? hehe.. memang darat la engkau ni. tu bahasa org terengganu.. hahah.. jala mas tu buat from telur, kat kelantan and terengganu bye ler jual. next time engkau nak pegi pantai timur, bagitau aku, nanti aku tunjuk. it's extra sweet. aku kurang suka. sham yg suka sgt2 :D

3AS said...

Shidah,
Hehe..Mmmg darat! Kalau jala emas org letak depan aku pn, sure aku tak tau klau tak dibgtau..Since ko ckp it's extra sweet, confirm aku tak suka..haha..