Taneem Mosque
Dalam Masjidil Haram, I selalu solat kat tingkat atas. Tak bersesak & lepas solat boleh duduk kat balcony sambil baca Quran & tenung Ka'abah. Tenang je..Kat sini nak berwudhuk pun senang coz ada area paip zam-zam kat belakang tu. Boleh ambil wudhuk guna air zam-zam..
Dalam Masjidil Haram
Since Masjidil Haram ada 99 pintu, kenalah cam pintu masuk. Masa mula2 sampai, I selalu guna pintu 1. Kasut pun tinggal kat situ. Lepas tu bawak kasut masuk dalam je. Kasut masuk dalam beg kasut & letak tepi tiang waktu solat. Kat tingkat bawah, untuk ke bahagian ladies senang guna pintu 72,73 & 74. Depan Dar Al Tawhid inter continental hotel. After umrah, I suka solat kat basement. Sejuk je. Nak berwudhuk pun senang. Naik je tangga terus nampak Ka'abah.
Kalau nak tengok jenazah ( yang disolatkan setiap kali lepas solat fardhu ), boleh ke pintu Ismail ( pintu 10 ). Untuk ladies yang nak bersolat di dataran tawaf , kat belakang hijir ismail ada ladies section. Tapi kena pegi awal. Sentiasa penuh.
Babul Ismail ( Pintu 10 )
Babul Ismail ( Pintu 10 )
Kat Makkah ni berabuk sangat coz under massive renovation, banyakkan minum air zam-zam dan berdoa. Ishaa Allah sihat. Alhamdulillah I sihat sepanjang umrah & balik ke Malaysia. Bila sihat, nak buat umrah pun selesa & boleh buat banyak kali..
Waktu bertawaf, sejuk & nyaman je bila lalu kawasan Hijir Ismail ( Hateem ). When I first did my tawaf, I tercari2 jugak ada kipas @ aircond ke kat sini coz bila lalu je macam ada angin sejuk kat sini. Later I found out that Nabi Ismail pernah berdoa supaya kawasan ni sejuk. ( correct me if i'm wrong ). Rasulullah SAW bersabda " Solatlah kamu di sini jika kamu ingin solat di dalam Kaabah, kerana ini termasuk sebahagian dari Kaabah." Lepas bertawaf tu ada la 2x I dapat solat sunat dalam Hijir Ismail. Alhamdulillah..Area ni area mustajab doa. Usahalah untuk masuk ke dalam Hateem. Memang akan sentiasa ramai orang. Tapi inshaa Allah, dapat masuk. Bila dapat masuk je, terus ke kiri. Kat sini kalau solat tak terganggu sangat. Masa 1st time I solat sini, ada sorang pak cik arab ni yang dok jaga wife dia solat. Both dah bongkok. Since I solat sebelah wife dia, I pun dapat solat dengan aman. Kat dalam ni Subhanallah.. undescribable feelings..Orang2 kat dalam Hijir Ismail pun beradab sikit dari yang dok queue nak kucup Hajar Aswad. Yelah semua yang masuk dalam ni nak berdoa kan..
Ladies section kat belakang Hateem
Just before azan subuh. Imam menunggu masuk waktu di Hijir Ismail.
Ladies section kat belakang Hateem
Just before azan subuh. Imam menunggu masuk waktu di Hijir Ismail.
Another area yang mustajab doa, kat belakang Makam Ibrahim. Lepas tawaf, most of the time I dapat solat kat sini. Walaupun tengah panas terik, lepas solat sunat tawaf & berdoa, u won't feel the heat. Sebak je hati..Rasa kerdil & hina sangat diri..
I suka tawaf & sa'ie sorang2. Tak rasa terikat nak tercari2 orang in case hilang. Dapat beribadat dengan tenang. Masa sai'e tu, I baca doa ikut buku je. Tak le terlupa dah pusingan ke berapa. Lepas je sai'e terus duduk di bukit Marwah untuk berdoa then tahallul.
Safa Start
Ke Sai'e dari dataran tawaf
Safa Start
Ke Sai'e dari dataran tawaf
Bukit Marwah
This Umrah was indeed a great & amazing experience & journey for me. Nothing compares my experience here. Rasa kalau boleh tiap-tiap tahun nak ke sini lagi.. Inshaa Allah. Alhamdulillah Allah beri peluang menjadi tetamuNya sewaktu kesihatan pun baik. Dapat beribadat tanpa halangan kesihatan. Best of all, dapat pegi dengan my parents yang menyambut anniversary ke50 di Madinah.
Untuk yang belum berkesempatan menjadi tetamuNya, berdoalah supaya dijemput awal sewaktu masih muda dan kuat...
1 comment:
Caesars Casino Site | Exclusive Bonuses and Promotions
Explore our online casino site review for CaesarsCasino.com which offers a 제왕 카지노 selection of games from the top casino games including slots, blackjack, roulette and a
Post a Comment