Pages

Showing posts with label Juices. Show all posts
Showing posts with label Juices. Show all posts

Thursday, August 30, 2012

Hasil dari Brastagi, Medan

Dah beli buah murah kat Brastagi, kena le masak something kan. Tak kan nak makan cam tu je..:-)

Jus Alpokat ( Jus Avocado )
Source: Maisyirah


Bahan-bahan ( 3 - 4 gelas )

1 biji buah avocado yang masak ranum
1 cawan susu segar
2 sudu besar susu pekat
Sedikit coklat cair (Hershey's)
Ais

Cara-cara

1. Ceduk buah avocado yang telah masak ranum dengan sudu, masukkan dalam blender
2. Masukkan susu segar dan susu pekat
3. Blend hingga halus (semakin lama, jus akan menjadi bertambah pekat), tambah air jika mahu sedikit cair
4. Picitkan coklat cair di sekeliling gelas, tuangkan jus dan hiaskan dengan coklat cair di atas (tambah rasa). 5. Masukkan ais. Siap untuk dihidang.


Pavlova

Source: Nurul




Bahan-bahan ( 4 orang )

4 biji telur ( ambil putih sahaja)
1 cup gula kastor ( I reduce to 3/4 cup )
1/2 teaspoon vanill
2 sudu besar tepung jagung
1 teaspoon cream of tartar @ cuka @ lemon juice
buah-buahan ikut citarasa anda cth strawberry@ kiwi @ orange
1 cup whipping cream

Cara-cara

1. Pukul putih telur sampai kembang. jangan lupa masukkan la sikit-sikit gula kastor tadi sampai habis. Pukul sebati.
2. Putih telur siap sedia bila terbalikkan bekas ia tidak terjatuh.
3. Kemudian ayakkan tepung jagung ke dalamnya.dan masukkan esen vanilla dan cuka. Kacau dengan cara balik kaup.
4. Masukkan dalam dulang pembakar yang di alas dengan kertas minyak.ratakan...bentukkan sesuka hati ikut citarasa anda.
5. Bakar 150 celcius selama sejam. bila sudah masak biar dalam oven 20 minit. jika retak sedikit tidak mengapa.kemudian keluarkan dari oven
6. Untuk topping: Putar whipping cream hingga kental. Guna sudu ratakan atas pavlova. Bolehlah susun buah diatasnya.

The princesses love these. Alysa & Adik requested pavlova for their birthdays...:-)


Saturday, August 21, 2010

Persiapan Syawal 1431

 Hari Raya ni selalunya the kids yang seronok nak celebrate. Tapi suasana dah tak macam dulu2. Now ni kuih raya boleh tunjuk2 je. Dulu kitaorang beriya tolong mak buat kuih-muih. Kalau tak buat, tak de le kuih raya. Cake mixer pun tak de masa tu. So, Abang le yang jadi tukang pukul adunan kek coz dia mmg suka kek buah.
 Kalau ketupat palas pulak, mak masak from scratch i.e gaul pulut & santan, then balut. Kena rebus berjam-jam baru masak. Now, dia dah short-cut. Masak dulu santan & pulut bagi separuh masak. Then balut. So, rebus ketuapat tak perlu le lama2. Nak pulak guna rice cooker jer. It did shorten the cooking time but half-life pun pendek. Tak tahan lama sangat. 2-3 hari je tahan. Tp by that time ketupat pun dah abis! Makan pulak dengan Ayam Kampung Masak Anga. Laju je la habis ketupat tu.
 Yesterday bawak the princesses pegi ukur baju. I dah tempah awal2 kat my regular tailor. Cuma ukuran je pegi ukur lambat sikit. Bebudak kan cepat membesar. Kalau ukur awal2, by the time raya, dah kecik baju tu. 
 For casual wear i.e the gowns, may be in a few days time baru nak start shopping. Actually dah ada a few each for them baju baru yang beli kat KL & Beijing yang tak pakai lagi. So, this time tak perlu le shopping banyak pasang lagi.
 Iftar yesterday, I made dragon fruit juice from 1/2 of the fruit yang ila bagi tu. Refreshing sesangat. Kuih lak buat pulak karipap sardin tu bagi puas makan & pengat pisang karamel.

Dragon Fruit Juice


Pengat Pisang Karamel