Pages

Monday, August 16, 2010

Penang-Johor-Kedah

 Hari ni dah hari ke6 berpuasa. Wah..within this 6 days I dah berbuka kat Batu Pahat, Penang & Jitra. 2-2 kg dah balik. Lepas balik je dari Johor petang khamis lepas, Mak called early Friday morning. Bagi hint suruh balik kg. Hubby yang jawab phone tu mcm blur je yang mak bg hint suruh blk kg. Dia cakap nak balik next week. Bila sedar dari mamai dia, baru dia tau mak suruh balik kg le tu.

The princesses keletihan otw balik Johor. Baby tido sampai ternganga...Punya le berat 2 org tu menempel kat dia..:D


So, ptg tu siap balik Jitra pulak. Penat weh..Tp berbaloi balik. Ceriakan hati parents & at the same time makan sedap2! Penuh meja. Friday Ila & family pun balik kg gak.. Penuh le meja with our favourites eg Otak masak lemak lada, Perut cicah, sup ekor, ikan tiga rasa etc. Pendek kata, masak lembu tu dari kepala ke ekor lah..hikhik..The next day kak & family pun balik untuk berbuka sama2. Meriah betul..

Puding Pelangi ( Yang ni I wat bawak balik Jitra )


Menu berbuka kat Jitra


Otak Masak Lemak Lada & Ikan Tiga Rasa



Baby penat tunggu orang berbuka


 Last week mmg I byk cuti. Balik je keje hari ni, kena pinjam keta k.Jun lak. Hubby bawak 2-2 kunci kereta pegi keja. Tamak betoi! Nasib I tak kena menapak ke tempat keja. Kalau tak maunya mogok masak sebulan..haha..Ada spare key tapi kunci steering lock pun dia angkut ke tempat keja. Nasib I ingat lagi bwk keta manual ( K.Jun's car manual le pulak..).

Puding Pelangi
Source: here

Bahan-bahan :

10g serbuk agar2
650ml air
180gm gula pasir
60gm mentega
1 biji telur
½ tin susu cair
1 sudu makan tepung custard
1 sudu makan serbuk koko
1/2 sudu teh vanilla
pewarna merah dan kuning secukupnya (I guna warna hijau & kuning )
 
Cara-cara:
1.Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan
2.Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepung custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis
3.Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Tutup api. 4.Bahagikan adunan kpd 3 mangkuk (sama byk). Then bubuh koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 letak kuning dan merah.
5.Sengetkan loyang sedikit  i.e. biar satu hujung tu tinggi (lapik/alaskan utk tinggikan).
6.Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang/bekas (dihujung yg paling rendah tu ler), kemudian satu senduk makan adunan warna kuning dan last skali satu senduk adunan warna coklat. Ulang buat cam ni sampai semua adunan habis.
7.Bila dah siap, letakkan semula loyang/bekas ke kedudukan asalnya. Then, masukkan ke dalam peti sejuk.

No comments: