Day 3
After lunch, we headed to Brastagi. On the way, we all singgah pekena goreng pisang kat Simarjarunjung. Memang cantik tempat ni tapi sejuk.. Nasib I ada beli sweater. Hubby control macho coz x bawak jacket :-) This cafe is actually famous for teh halia. Tapi tak de la I nak order teh. I & Liza order milo panas. Ketagih oo dah 3 hari tak pekena milo...hehe.. Hubby & Sumai order kopi panas. We got goreng pisang as complimentary. From the cafe we could see magnificent view.
Simarjarunjung
Dah rasa panas dengan milo & kopi, Pak Leni drove us to Sipiso-piso waterfall. Another must visit place. Sampai sini je, mak aii..sejukkknye. Masa ni Hubby dah tak larat control macho...kiki..Terus beli jacket. Murah giler!! IDR60K je. Tupun lepas tawar ala kadar. Kat sini diorang tak letak harga gila2 macam kat Tomok Village. Kalau nak tawar pun sekadar IDR10K je. Masa dia letak harga IDR70K tu Hubby terus nak beli. . Dah murah tu kan.. I le sesaja tawar IDR60K. Dapat lak. Sweater yang I beli tu kat sini boleh dapat less 50% lagi..huwaa..
Sipiso-piso waterfall - Breathtaking views
Masa kat Sipiso-piso ni hujan gerimis. Tak kiralah..tetap nak ambik photos. Dah gigil-gigil kat sini, kami meneruskan perjalanan yang masih jauh ke Brastagi. Sepanjang perjalanan ni ladang buah & sayur kat kiri kanan jalan. Buah limau punyalah banyak tapi bukan yang jenis manis. Sampai Brastagi dah malam. Kereta kuda pun dah tutup kedai..:-) We all ke pasar buah je & makan jagung bakar. Manis.. We bought Avocado, IDR15K sekilo & Strawberry IDR10K per pack. Murah..
Pasar Buah, Brastagi
Then, naik kereta lagi.. Jalan berbengkang-bengkok macam ular kena palu. Nasib I tak muntah. Dah la jalan sesak teruk. Sampaikan at 1 point, kitaorang singgah pekena durian. Alasan je tu. Actually, memang nak makan durian medan pun. Tengah musim durian pulak. Price from IDR 8-10K sebiji. Seller tu siap tanya nak yang manis ke pahit? Of course le I nak yang manis!!
Hubby, Sumai & Pak Leni menikmati durian.
After a looong day, we safely reached Grand Antares hotel, Medan at 10pm. After check-in, dinner dulu. Fuyoo..Dinner at 10pm ( 11pm malaysian time! ). Memang kebuluran.. Nasib dah alas perut dengan biskut & durian. Actually, Pak Leni offered to stop for dinner in Brastagi at 8pm. Tapi since dengar restoran tu chinese punya, tak mau la we all.
Lepas dinner dah 11pm. Dapat bilik with king-sized bed. Nice hotel. I prefer this hotel from Madani Syariah. Both kat jalan yang sama cuma Madani ni furnishing macam lama sikit.
SELAMAT MEYAMBUT BULAN RAMADHAN.
NASI DAGING UTARA
-
Assalamualaikum.. Hari ni kita baru sempat nak updet menu istimewa sempena
besday Anakanda Sri & Adam yg dimasak baru-baru ni. Pestaim kita masak Nasi
...
5 weeks ago
3 comments:
Bestnyerrrrr... bilala kami punya turn pulak... ekekeke
salam semua..kami ada menyediakan ground pakej ke Medan-Lake Toba-Berastagi dengan harga yang bestt..3d 2n hanya rm370/pax (min 4 dewasa) semua diuruskan.. just bawak duit shopping je
berminat boleh whatsapp: +6012-6047593
fb/ig @giadolairiscollection
salam..kami ada menyediakan ground pakej ke medan-lake toba-berastagi dengan harga yang berpatutan dan paling penting kami bawa ke restoren yang halal..korang cuma bawa duit shopping je =)
whatsapp/message ONLY: +6012-6047593
ig: @percutianbajet
Post a Comment