Pages

Wednesday, March 6, 2013

Umrah Ziarah - Amazing Journey: Madinah Part II

 Masa kat Madinah kitaorang dibawa ziarah tempat-tempat bersejarah eg. Masjid Quba' , Masjid Qiblatain, Jabal Uhud dan ladang kurma. Kami tidak dibenarkan ke pasar kurma.
  Our first stop was Masjid Quba', masjid kesayangan Rasulullah SAWdan masjid pertama dibina oleh orang islam. Rasulullah SAW menziarahi Masjid Quba' pada tiap-tiap hari Sabtu. Alhamdulillah kami dapat ke sana pada hari Sabtu.Sabda Rasulullah SAW " Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah." 

Masjid Quba'

 Masjid Qiblatain ( Masjid 2 kiblat ), kami hanya lalu sahaja. Tidak sempat singgah untuk solat di situ. Disini diturunkan wahyu kepada Rasulullah SAW untuk memindahkan kiblat dari Masjidil Aqsa di Jurusalem ke arah Masjidil Haram di Mekah.

Nun jauh  Masjid Qiblatain

Jabal Uhud juga menjadi persinggahan kami. Kat sini banyak penjual-penjual cenderamata. Kami diingatkan tiada masa untuk shopping. Tapi..sempat la jugak beli tasbih..Murah je..Jabal Uhud ialah bukit kemerahan yang menjadi saksi gugurnya para Syuhada di Madinah. Berdekatan Jabal Uhud ada Bukit Pemanah @ Jabal Rumat. Ramai para jemaah memanjat bukit ini, tapi kumpulan kami tidak dibenarkan..Disini juga terdapat perkuburan para Syuhada yang di pagarkan dan ditutup dengan kepingan polycarbonate. Ini disebabkan banyak kes bidaah dilakukan oleh para jemaah. Tapi...ada la juga lubang kecil. Boleh la nak jenguk kat dalam perkuburan tu. Kat dalam perkuburan tiada sebarang tanda atau batu nisan.

Bukit Pemanah @ Jabal Rumat


Perkuburan Para Syuhada


Bukit Uhud

 Ladang Kurma menjadi persinggahan terakhir. Since visa dah chop muassasah, tak de la harapan nak ke pasar kurma. Kalau nak pegi pun kena pegi sendiri. Since masa sangat terhad di Madinah, tak sempat la ke pasar kurma sendiri. Beli je la kurma di ladang kurma ni yang of course lagi mahal. Masa ni kurma tak berbuah pun. Mutawif ada bagitau, kalau nak beli kurma yang afdal beli kurma ajwa dan barni kerana yang ni sunnah. Kurma ajwa original harga dalam SR110-120 per kg. Yang ni kami order kat mutawif je. Kawan dia ada ladang kurma kat madinah. Barni murah je. SR20 per kg. Chocolates & nuts baik beli kat luar je. Kat sini mahal. Chocolates SR40 per kg. Kat luar boleh dapat dalam SR20 je..

Ladang Kurma yang tak berbuah pun..:-)

Tea was served here


Borong Kurma..


Balik dari ziarah, sempat kami bersolat zohor di Masjid Nabawi. Since we all hanya 2 1/2 hari di Madinah, memang pulun la solat qadha selain solat fardhu untuk mencukupkan 40 waktu solat fardhu di Masjid Nabawi. Diriwayatkan hadith dari Anas bin Malik (r.a) hadith dari Nabi (s.a.w) "Barangsiapa bersolat 40 solat (yakni, solat fardu) di dalam masjidku tidak terputus solatnya ditulis baginya (pertama) terpelihara dari neraka dan (kedua) dijauhkan dari azab dan (ketiga) dipelihara dari sifat-sifat nifaq (atau, menjadi orang munafiq).
 Semasa kami di Madinah, cuaca nyaman je. Suhu dalam 26C. Seronok berada di bumi Madinah ni. Seperti di dengar, orang Madinah lebih berbudi bahasa dan lembut berbanding orang Mekah. Rindunya nak ke sini lagi.. 

 Madinah's landcsape..cantik..pokok kurma everywhere..





4 comments:

cik ain | sweet thots said...

Dikatakan org madinah ni lembut dan berbudi bahasa spt pekerti rasulullah s.a.w ;)

4AS said...

Ain, yup..bezakan diorang..:-)

Unknown said...

Assalamualaikum..boleh email kepada saya cara cara Puan buat umrah DIY.Hati meronta ronta nak pergi kesana. Jika Puan ada pergi kesana boleh saya ikut sekali.Terima Kasih Puan. Email saya: jazmeen78@yahoo.com

Michael Sheen said...

I am very happy to read this. This is the kind of manual that needs to be given and not the random misinformation that’s at the other blogs. Appreciate your sharing this best doc.
best umrah travel agency in Mirpur online 2019