Pages

Sunday, March 10, 2013

Umrah Ziarah- Amazing Journey : Makkah Part I

The other day when I was chit- chatting with my customer about my recent umrah, he said " kalau kita bercuti kat tempat lain, kalau best pun kita akan bercerita dalam seminggu je. Tapi kalau bercerita bab umrah, we will never get bored". How true! That's what I felt.

Masih terbayang2 bersolat di Masjidil Haram, bersolat di depan Kaabah, bertawaf dan bersa'ie. I'm amazed at the energy I got to do all those stuff without feeling tired eventhough I only had a few hours rest. Rasa nak duduk je kat Masjidil Haram tu. Ada 2 hari tu I buat umrah 2 kali. Pagi & petang. Tapi tak penat langsung! Pelik.. coz kat Malaysia I'm not the exercise junkie. Where did I get all the stamina.. Masa kat Mekah cuma 5 1/2 hari. So, kalau nak kejar 7 kali umrah ( Yang pahalanya bersamaan 1 haji ) , memang ada hari yang kena buat umrah 2 kali. I ada dengar jemaah yang pernah buat umrah 3 x sehari. Subhanallah..



Masa I buat umrah 2 x sehari tu memang nak kena timing so that tak miss bersolat jemaah di Masjidil Haram yang pahalanya 100,000 kali dari bersolat di tempat lain. Kalau pergi miqat di Taneem waktu pagi tak jadi masalah. Kalau nak pegi miqat lepas asar, takut time tawaf tu dah masuk maghrib. Untuk lelaki senang la. Terus solat kat dataran tawaf tu. Perempuan tak dibenarkan solat di dataran tawaf kecuali 1 area belakang Hijir Ismail. Tapi of course masa ni sesak la. Nak jejak kaki pun dah tak boleh. Kalau miqat lepas isyak pun ok. Habis umrah dalam pukul 12am. Tapi masa ni memang bersesak la sebab ramai yang suka buat umrah waktu malam. Sejuk sikit.

Kami bertolak dari Madinah ke Mekah selepas zohor. As usual for jemaah from Madinah, we stopped at Bir Ali for our miqat. Kat sini boleh la nak buat solat tahiyyatul masjid & solat sunat ihram. Make sure cam lokasi bas. Nanti ada lak yang tersesat coz banyak bas kat sini. Untuk jemaah wanita, eloklah niat umrah bertaklik. Takut nanti tiba2 period ke @ ada halangan lain, tak le kita duduk dalam ihram. 

Bir Ali


My Beloved Mak. Thank you Mak for all the guidance..


Masa naik bas lepas bermiqat, mulalah bertalbiyah. ' Labbaikallah hummalabbaik labbaikala sharikalakalabbaik innalhamda wanni'mata lakawal mulk la sharikalak'. " Hamba-Mu datang menyahut panggilan- Mu, Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu. Hamba datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian dan ni'kmat serta kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu". Kita nak bagitau padaNYA kita nak ke rumahNYA. Sebak hati.. Akhirnya dijemput menjadi tetamuNYA. Apakah umrahku akan diterima...

Banyakkan bertalbiyah semasa 6-7 jam perjalanan ke Mekah. Kalau penat bertalbiyah, jangan dok sembang merapu. Baik tidur je..Kita dah dalam ihram masa ni. I had this 1 incident. Semoga menjadi pengajaran..Masa sampai Madinah, my friend Zuraida ada problem bengang telinga after the long flight. Kena cakap kuat dengan dia sebab dia dah jadi separuh 'pekak' as she put it. I pun ada la gelakkan dia & bagitau Hubby & my sis Ila always had the same problem after long flights. Tup tup masa on the way ke Mekah, when we stopped at a rest area, turun je dari bas telinga I jadi bengang. Tempat tu bukan highland pun..Never experience this before.. Astaghfirullah..DIA bagi cash kat I..

Kami sampai di Mekah dalam pukul 10 mlm. The first time I saw Masjidil Haram.. MashaAllah..it's so gigantic & beautiful...eventhough still under extensive renovation. Allahuakbar..I'm finally here...

Masjid Al Haram


No comments: