Pages

Showing posts with label Shopping. Show all posts
Showing posts with label Shopping. Show all posts

Friday, March 22, 2013

Umrah Ziarah- Amazing Journey : Makkah Part II

As usual, to those yang ke Makkah, akan di bawa ziarah. Masa ziarah ni dapatlah bermiqat sekali. Selalunya ziarah akan dibuat selepas breakfast dan balik sebelum zohor.

Ziarah pertama kami dibawa ke Jabal Thur, Padang Arafah, Jabal Rahmah, Muzdalifah, Masjid Nameerah dan Khaif, Mina ( Jumrah Al-Ula, Jumrah Al-Wusta dan JumrahAl-Aqabah iaitu tempat melontar jemaah haji ). Kami singgah untuk bermiqat di Jaq'ranah. Masjid ni kecik je. Nak ambik wuduk pun berebut2..Punya la ramainya jemaah. Kat luar masjid ramai peniaga berjualan. Murah2 je jubah kat sini. Ada yang sebijik kat Makkah dengan harga 1/3 je dari di Makkah.

Jabal Thur

Jabal Rahmah ( Tak naik sampai atas pun, coz tersilap jalan..)


Mina

Jumrah

Gua Hiraq

Pada hari ke lapan, kami di bawa ziarah ke Hudaibiyah. On the way ke Masjid Hudaibiyah untuk bermiqat tu, sempatlah singgah di Ladang Unta. Sempoi je ladang dia. Beli le juga susu unta 2 botol. Ni kes tamak punya pasal..:-) Tapi bila ustaz cakap susu unta ni berangin sikit.. terus tak berani nak minum. Yelah, balik tu terus nak wat umrah. Nanti asyik nak kena ambik wudhuk masalah le pulak. Susu unta tu simpan dulu.. Balik hotel baru minum..:-)

Masjid Hudaibiyah

Ladang Unta di Hudaibiyah

Kat Makkah, my group stayed at Burj Al Sultan. Just accross the road from The Clock Tower. Nak menapak tu tak le jauh sangat. Tapi kalau orang tua2 tu kesian le jugak. We bought a wheelchair for Ayah. Senang nak ke masjid. Boleh cucu2 yang baikhati tolakkan..:-) Actually, wheelchair boleh ambik kat area sai'e. Ramai yang wakafkan kat situ. Since we didn't know that, we bought from a pharmacy. Harga kena survey kat pharmacy. The price diffrence was SR50.

Our hotel- Burj Al Sultan


Kalau tak selera nak makan yang hotel served, tak payah le complaint. Pegi je beli kat kedai2 Arab tu. Serving diorang siap boleh makan 5 orang tak habis! Ada sekali tu kitaorang beli breakfast lamb, dapat nasi arab 1 plastik besar & 5 keping roti pita.. Free..Ice- cream Arab memang marvelous. Kalau nak beli fresh milk hati2 jangan terbeli yogurt like yours truly. Nasib hubby pandai modify. Campur dengan juice, jadi le yogurt drink. Baru boleh telan..:-). Essential items memang mahal kat sana. So, toiletries tu bawa le siap2 dari sini. 1 packet of cotton buds harga SR10! Kat Malaysia tak sampai RM1 pun..

Sape yang suka KFC, kat Makkah dia main campak semua dalam box. Tak de chili sauce ye... When we arrived in Makkah, masa tengah buka pintu bilik, tiba2 ada jiran sebelah datang bagi KFC siap dengan drinks & oranges. Rezeki di tengah malam..:-)

Shopping lak, boleh ke souq dekat2 hotel Al Safwah. Ground floor. Price kat sini murah sikit & boleh tawar menawar. Minyak2 atar sekarang ni dah wangi2.. Boleh pakai pegi kerja & can last sampai petang. I especially like Raudhah. Hubby suka sangat dengan minyak wangi oud dia..:-) Jubah2 & abaya pun cantik2.. Harga bergantung pada jenis kain & design. Jubah lelaki kalau nak tempah baik tempah on the first day in Makkah. Kain Japanese Cotton mahal sikit tapi lembut je..

Mamat Paki ni dok demo jubah dia tu.. Diorang ni nak tengok design..:-)


Kalau nak shopping yang murah, selalunya lepas solat, diorang lelong depan masjid. Price selalunya SR5, SR10 & SR15.  Peniaga ni illegal jual kat sini. Bersedia je untuk lari kalau polis datang. Kadang2 tu dia main tingglal je barang dia. Kalau tak sempat nak bayar, nasib le..

We all tak de lah shopping sangat. Selalunya lepas isyak & dinner baru pegi shopping. Tu pun kejap je. I did my souvenir shopping in Madinah coz kat Madinah boleh shopping depan Masjid Nabawi on the way balik hotel. Lagipun kat Makkah ni kalau boleh nak tumpukan masa ke masjid je..

Wednesday, July 21, 2010

Balik Kampung & Shopping Raya

 Weekend lepas balik Jitra since lama gak tak balik. So, sempatlah makan cempedak goreng, from pokok Ayah yang sedang berbuah. Hubby pun sempat panjat pokok dokong yang tengah lebat berbuah. Then dia pegi beli durian..so, we had pulut durian too. The durians were really yummy.
 Cempedak tu I tak berani makan banyak coz takut kembung. But we had the cempedak goreng after we had our late lunch. Punya le kekenyangan. Dah le ada masakan favourite I, like limpa goreng kicap, sup tulang, & gulai rebung. Lauk lain banyak lagi tp I concentrate 3 ni je.. So, lepas makan nasi & cempedak goreng tu dah so full. Dah max betul! Malam tu lepas maghrib pegi rumah kak dah tak larat nak makan food yang dia hidang. Cuma rasa kuih akar kayu & sesuap laksa.
 Lepas balik from Jitra Ahad malam tu, terus pack barang2 nak ke KL the next day. Bertolak lambat sikit on Monday coz had to do some errands. Masa tu le jugak contractor yang nak renovate rumah chose to come over. Nak ukur apa2 yang patut. We all bertolak ke KL dah after 11 am. Sampai KL ard 2.30pm. Lepas hantar barang kat IMR terus ke hotel.
 Lepas check-in & solat, actually I was dead tired coz malam sebelum tu tido dah nearly 2am. Tapi semangat nak shopping baju raya berkobar2, pegi le gak. Since our hotel dekat je dengan jln masjid India & TAR, kitaorang jalan je. Nasib tak bawak the princesses. Again kena tinggal dgn Cik Jun. So, senang le nak jalan. Pusing punya pusing, at last berjumpa gak kain nak buat baju raya for me & the princesses. Kena cari kain ela coz nak bagi sedondon like the previous years. Tema this year orange tp yang beli tu ada le ala2 orange albeit sikit je. Selesai bab cari baju kurung. Punya le mencari from KL ( previous visit ), to Penang, & to Kedah. At last bertemu jodoh di KL..:-)
 Esok tu ke myIPO. Nasib dah selesaikan borang siap2. So, urusan siap before 12.30pm. Lepas keluar from Dayabumi, tersesat masuk jalan mana ntah. Tup2 nampak entrance The Gardens. Terus melencong ke situ. Had lunch there. Then, Hubby did some shopping at Robinsons. I mencari2 gak baju..Tapi baju2 yang ada tu sumenya kalau I beli, next year baru boleh pakai..:-( Tak jumpa lak maternity section. So, nothing for me except some foodstuff kat Cold Storage.
 Lepas shopping tu, terus ke rumah Shidah. Punya le lama tak jumpa..Dah berbelas tahun. Tak kesampaian le hajat dia nak benih pokok lemuni coz I though she was still in Terengganu bila I bertolak from Penang. Tapi I dapat manggis Terengganu which the princesses love so much. Thanks Shidah. Masa kebetulan kat rumah Shidah, Lily pun datang gak. Lily ni pun the last time I jumpa masa kat AUSMAT gak. Berbelas tahun gak tu. Best jumpa kawan2 lama ni..nothing changes except makin comel..;-) Lupa lak nak buat photo session..

The princesses yang kena tinggal