Pages

Friday, July 16, 2010

Nasi Lemuni

 A few days ago Hubby buat projek tebang pokok lemuni kat our backyard. Punya le besar pokok ni, batang dia pun dah besar peha & tinggi pun dah lebih tinggi dari our house. I think this is the biggest lemuni tree that I've ever seen..:-) My mak pun cakap pokok ni besar. Pokok lemuni kat rumah arwah tok pun cekeding je. Kat rumah mak ( where we got the benih ) pun tak le besar mana pun.Ada sedara2 yang siap booked dahan dia if kitaorang nak tebang. Hari tu dah buat major trimming & pak teh dah ambik dahan yang besar lengan Hubby tu ( mmg besar le..hehe).
 Hubby ni kalau dia tanam pokok memang menjadi. Pokok yang tak de bunga pun boleh berbunga eg our pokok serai wangi ,aloe vera & inai (wangi betul bunga inai ni ). Tapi pokok buah tak menjadi lak..Pokok mangga ( chokanan ) yang dia tanam dia dah tebang coz tak berbuah..hehe..tension le tu.. Pokok mata kucing ( benih from MARDI, supposenya isi tebal..) pun dia nak tebang gak coz tanak berbuah. Tp I tak bagi. Tapi belimbing madu mmg berbuah tak putus2. Rambutan pun menjadi le jugak buah. Melalut pulak I.
 Back to Lemuni. Pokok lemuni ni banyak khasiat. Salah satu awet muda. Orang2 dulu ambik batang pokok lemuni buat senduk kacau nasi. So khasiat kat senduk tu masuk dalam nasi kut..:-) Orang berpantang memang elok makan nasi lemuni ni. My mak mesti akan buat at least once kat I every time I berpantang. There are 2 types of lemuni; hitam & hijau. Yang kitaorang tanam ni hitam. Pucuk dia purple. According to my mak, lemuni hitam ni lagi sedap & banyak khasiat. Ada jugak orang buat ulam. So, lemuni hitam ni bila buat nasi lemuni, akan jadi kehitaman sikit depends on how much you put. Lagi banyak bubuh lagi hitam le.
 Lepas Hubby tebang je pokok tu, I kutip pucuk lemuni tu & simpan dalam fridge. Tadi baru sempat nak masak nasi lemuni. Normally orang makan for breakfast cos ala-ala nasi lemak. Tapi we ate for lunch. Lauk to accompany nasi lemuni ni sama dengan lauk nasi lemak. Since I tak makan timun, I ganti dengan tomato. I buat sambal telur & ikan kembung goreng. Lagi sedap makan dengan ikan goreng dari makan dengan ikan bilis & kacang.. Hubby makan siap bertambah.Resepi ni resepi my mak.

Nasi Lemuni


Bahan
3 pot/ cawan beras
3 genggam pucuk lemuni hitam
1 genggam daun inai ( optional. Inai ni panas sikit )
3 cawan santan
1 1/2 cawan air
1/4 sudu teh halba
1/4 sudu teh lada hitam
2 ulas bawang merah, dihiris
1 ulas bawang putih, dihiris
1 inci halia, di hiris
garam & gula secukup rasa

Cara
1. Kisar pucuk lemuni & daun inai dengan 1 1/2 cawan air. Tapis pati & buang hampas.
2. Basuh beras & masukkan dalam rice coooker.
3. Masukkan pati campuran lemuni, santan, bawang merah, bawang putih, halia, halba & lada hitam. Kacau rata.
4. Tambah garam & gula secukup rasa. Tambah secukup air/ santan jika perlu.
5. Masak dalam rice cooker.
6. Hidangkan bersama sambal telur / daging masak wira ( my mak's recipe ), ikan goreng/ bilis goreng & timun.

Note: pucuk lemuni digunakan instead of daun lemuni coz daun lemuni lebih pahit. Tapi nasi lemuni kalau dah masak tak pahit pun.

3 comments:

Sizuka said...

zura, aku nak anak pokok ni!! hehe... sedap ke nasi lemuni tu?

3AS said...

Shidah,
Pokok lemuni ni tanam pakai batang je. Kalau ko nak aku nak ke KL tuesday ni, boleh bawakkan. Aku yang tak suka makan ulam & nasi kerabu pun boleh makan nasi lemuni ni, kira sedap le tu..:-) Seriously, aku suka. Anak aku Ayra & Adalia pun suka.

Sizuka said...

babe, aku nak!! engkau call aku esok ye. boleh aku bagi manggis sama :D