Pages

Wednesday, March 6, 2013

Umrah Ziarah - Amazing Journey: Madinah Part I

 Alhamdulillah. Akhirnya kami dijemput menjadi tetamuNya pada 7-18 Februari 2013. Ni pun kalau tak, tertangguh jugak. Tapi Mak yang dah bagi nama kitaorang siap2 since last year. Nak cancel pun kesian lak kat Mak coz Mak & Ayah would be celebrating their 50th wedding anniversary in Madinah.So, kitaorang tawakkal jelah tinggalkan biz yang baru set up.Kitaorang pergi berlapan; Mak, Ayah, Hubby, Me, my nephews Ismadi & Wafi, Ngah & Dik Nah my cousin.
 Kali ni kami menggunakan khidmat Asari Murni.Flight direct dari Penang ke Jeddah menggunakan Nas Air. Chartered flight. Ada 400+ untuk group dari Asari Murni. Kami bertolak pukul 6ptg. Sampai di Jeddah 9pm ( 2am waktu Malaysia ). Lebih kurang 8 jam perjalanan. Flight tu ok. Makan sampai 3 kali. I asyik tidur je. Sampai Jeddah, kitaorang dibahagikan kepada kumpulan masing2. Our group MD3 akan ke Madinah dulu. Perjalanan yang memakan masa 6 - 7 jam dengan bas. Just over 400km distance. Berhenti rehat pun lama gak. Pekena nasi ayam 15 riyal pepagi buta pukul 3 pagi!
 Sampai Madinah just before azan Subuh. By the time check-in kat Hotel Ishraq which is about 80m from Masjid Nabawi, orang dah solat pun. Bila kitaorang turun nak ke masjid, tengok2 orang dah balik solat subuh. Termiss solat subuh berjemaah di Masjid Nabawi on Friday morning..:-( The hotel was under renovation. We all dapat bilik tak siap.. Tapi dah rezeki macam tu kut..Nak duduk bilik pun kejap2 je. Most of the time kat Masjid Nabawi. Dah le time was limited in Madinah. 2 1/2 hari je.
 First time masuk Raudhah hari Sabtu, 9 Feb dengan Mak. We all dapat masuk nearly 12 midnight. Ni pun dah tunggu giliran dari pukul 10pm. I think the best time untuk masuk Raudhah untuk ladies around pkl 12 midnight. Masa ni dah tak ramai. Mak pun senang je dapat solat kat saf depan sekali. Perasaan dapat masuk Raudhah..no words can describe..Syahdu sangat. I think semua orang akan menitis air mata especially dapat berdoa di makam kekasihNya..
 Kali kedua masuk Raudhah, on Sunday morning. Nak masuk Raudhah kena ikut negara. Malaysians sekali dengan Indonesians. Kalau termasuk group lain eg Turkey, maunya kena rempuh coz diorang besar2 & jenis yang suka tolak2..Kali ni I tertolak ke arah Makam Rasulullah SAW. Tunggu je turn nak solat kat saf depan sekali. Alhamdulillah, dapat.. Setiap kali nak buat @ inginkan sesuatu berdoalah padaNya, inshaa Allah, Allah akan perkenankan dan permudahkan segala urusan.
 My experience di bumi barakah ini, serious tak rasa penat atau mengantuk walupun sempat tidur hanya 2 jam on the first day. Selalunya I kalau tak cukup tidur akan rasa pening nak termuntah. But not here..Subhanallah..

Masjid Nabawi - Pintu Masuk Wanita



Dataran Masjid Nabawi - Waktu Payung Tutup



Inside Masjid Nabawi - Tenang je..



Dataran Masjid Nabawi


Menunggu Masuk ke Raudhah - Yang Berkubah Hijau tu..


Payung Dibuka waktu malam



Petang di Masjid Nabawi


Mak, Ngah & Dik Nah di depan pintu masuk bahagian wanita



2 comments:

ain sweet thots said...

sayu ... meronta2 rasa nak pegi lagi.

4AS said...

Ain,
Kann... Dok terbayang2 kat sana. Rasa macam nak pergi tiap2 tahun..