Akhirnya berjaya jugak habiskan stok pisang. Tadi tanya hubby nak makan lepat pisang ke pisang bakar berkeju. He chose the latter. Lagi senang keja I. Alysa nampak je the chocolate topping & cheese terus mintak nak makan. Sampai nak skip dinner. But of course she had to finish off her dinner before given the treat. Sambil makan tu mulut tu sempat lagi memuji.." pandai mama masak". Hik2.. Actually resipi tu sempoi je but the ingredients i.e. chocolate sauce & cheese mmg favourite dia. So, sedap je la ditekak dia. Adik & Baby tak pandang pun.
For Iftar today I buat sup ekor & ayam mayonnaise. Punya le berjam2 masak sup ekor tu bagi lembut. Ayam pun perap 2 jam. So, perapan tu mmg meresap le dlm ayam. Ikut resepi asal kena bakar but I goreng je ayam tu. Mmg sedap.
Pisang Bakar Berkeju
Source: Here
Bahan-bahan:
6 biji Pisang Emas
Keju Parut
Susu Pekat Manis
Sos Coklat - kalau tak ada, guna bancuhan serbuk milo + air or cooking chocolate pun boleh.
Cara-cara:
1.Kopek kulit dan potong 2 memanjang pisang tersebut.
2.Bakar dalam oven (suhu 180°c selama 10 minit atau bakar guna api dapur sampai pisang agak layu dan berbau wangi.
3.Sapukan krimer manis pada bahagian tengah pisang dan katup semula. Curah sos coklat dan taburkan keju parut.
Ayam Bakar Mayonis
Source: Here
Bahan-bahan ( 2-3 orang )
8 ketul drumstick
1 sudu besar mayonis
1 kiub ayam
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
Lada hitam secukupnya-tumbuk
2 ulas bawang putih-tumbuk
1/2cm halia-tumbuk
Cara-cara:
1. Perap dengan semua bahan-bahan di atas dalam 1/2 jam. Kemudian bakar. Lagi lama perap, lagi sedap.
( I goreng je..)
NASI DAGING UTARA
-
Assalamualaikum.. Hari ni kita baru sempat nak updet menu istimewa sempena
besday Anakanda Sri & Adam yg dimasak baru-baru ni. Pestaim kita masak Nasi
...
4 weeks ago
2 comments:
sedapnya... trs saya perap ayam... tak sabar nak goreng!!
Nora,
Sedap kan?.. Ni dah jadi my kids all time favourite. They prefer this dari ayam KFC..:-)
Post a Comment