Pages

Sunday, May 30, 2010

Blueberry Cheese Tart

 As i'm updating this entry, I can hear Alysa & Adik chatting in their bedroom. Mata tak boleh lelap le tu coz masa kitaorang on the way balik from shopping tadi diorang terlelap dalam kereta. It's their habit. Suka tertidur dalam kereta. Cool & cozy kut. Ntah apa le diorang sembang dalam gelap tu..
 Ni nak share resepi yang i try. Ni time angin rajin le ni. Dah lama tak rajin cam ni..:-). Actually rasa masa my sis, Ila bagi hari tu. Mmg sedap. Tapi since I pegi ambik kat rumah dia on the way to work, cuma Hubby & I je la yang rasa. The princesses tak sempat rasa coz mama & papa dah habiskan..haha..So, after bertangguh a few times, at last jadi jugak tartku. Alysa really loooove it. Sekali hadap sampai 3 slices! Adik & Baby kureng sikit. Adik kan mmg kaki diet. Yang fattening mmg dia tak suka. Hish..kecik2 dah jaga body. Tu yang sekeping je..This tart mmg sedap. Alysa call it " Spiderweb Pie". Kut rupa dia ada spiderweb kut..hehe..

Blueberry Cheese Tart
Source: here




 Bahan-bahan ( 10 biji )


Bahan untuk Sweet Pastry:-
125 gm mentega / margerin
60 gm gula aising
1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar
240 gm tepung gandum

Bahan untuk Cheese Filling(inti):-
250 gm cream cheese
50 gm gula aising
20 gm mentega (lembutkan)
1/2 sudu besar perahan lemon
1 biji telur (gred B)
Blueberry pie filling

Cara-Cara :
1.Panaskan ketuhar pada suhu 180 C.
2.Untuk membuat sweet pastry: -pukul mentega/marjerin dan gula aising sampai creamy. masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas. Trim tepinya dengan batang sudu atau pisau. Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit. Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart.
3.Untuk membuat cheese filling: -pukul cream cheese, mentega dan gula aising till fluffy. Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul.
4.Sendukkan cheese filling tadi kedalam piping bag dan pipekan kedalam doh tart yang sudah dibakar tadi. Hiaskan diatas dengan blueberry filling dan susun diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 180 C selama 10 minit atau filling tadi nampak macam kering sedikit.
 
Note: I guna a big tart dish. Senang gitu..:-)

No comments: