Pages

Friday, July 30, 2010

Masak Lemak Siput

 Siput ni I think tak semua orang suka for various reasons; geli ( as in terbayang siput khinzir..:-D ), susah nak makan & pantang seafood. Tp I suka especially the sucking part. Hey, even the Frech pun suka apa..as in escargots.
 Mak kalau kitaorang balik & siput tu ada orang jual kat pasar suka masak lemak siput. But the one that we like is siput sungai / sawah. Tp kalau kat sawah tu dah disembur racun bertan-tan, orang pun tak hingin nak kutip jual. Kalau kutip siput time bulan mengambang ( ye kut..), Banyak le pulak anak2 dia. Kalau kunyah tu rangup le pulak coz terkunyah anak2 dia sekali..hehe..Yang ni I tak suka..
 So, baru2 ni masa kitaorang balik kg, mak masak le masak lemak siput. Mmg heavenly. We finished off the whole kilo in 1 go...Slurrpp.

Masak Lemak Siput
Source: Resepi Mak


 
Bahan:
1 kg siput sungai, dipotong hujung & dibersihkan
1 betik tua, sederhana. Potong kecil
1 bawang besar, hiris
2 cili merah, hiris
1 mangkuk santan
sedikit serbuk kunyit
garam / gula seccukup rasa

Cara:
1. Rebus 1 cawan santan & sedikit kunyit hingga mendidih.
2. Masukkan betik diikuti lebihan santan hingga betik empuk.
3. Masukkan siput diikuti bawang & cili.
4. Masak hingga mendidih. Masukkan garam & gula secukupnya & tutup api.

Thursday, July 29, 2010

Biskut Raya

Tadi I had my antenatal check-up. Punya le excited nak tau whether it's a boy or girl..Yelah..Dah masuk 5th month. But, Baby decided to play peekaboo. Dia tayang bum je.:-) Nak wat surprise le pulak. So, had to wait for the next check-up, kut2 dia nak posing ke depan lak.hehe..
 Meanwhile, I had a mood to make cookies last nite. Puasa is still 2 weeks away. Beriya je nak wat cookies. Tup2 bulan puasa nanti malas pulak, biskut tunjuk je lah. Dok belek-belek magazine kat rumah mak, teringin lak nak wat " Biskut Aneka Syawal". Simple & ingredients pun sume ada. Turned out okay. Adik  & Baby Adalia love them.

Biskut Aneka Syawal
Source: majalah NONA



Bahan-bahan:
90gm mentega
60gm gula
1 biji kuning telur
30gm tepung kastard
170gm tepung gandum
100gm kacang macademia ( I guna 75gm almond slices )
100gm cornflakes ( I guna 50gm je )

Cara:
1. Pukul mentega & gula hingga kembang. Masukkan telur diikuti bahan-bahan kering. Gaul sebati.
2. Bentukkan menjadi bentuk pilihan.
3. Susun dalam loyang bergris.
4. Bakar selama 20 minit pada suhu 180C.

Wednesday, July 28, 2010

Dasyatnya Doa Seorang Ibu

I would like to share this article forwarded by my friend. I like...Semoga menjadi renungan bersama.

Assalamualaikum Semua,

Ini adalah sedutan dari ceramah oleh Al Ustaz Abdullah Mahmud dari unit KAGAT ATM.yg bertajuk,”Dahsyatnya doa seorang ibu "

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu

1. Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik.

2. Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah.

3. Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.

4. Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.

5. Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka
* Melihat kaabah sehingga menitis air mata
* Membaca quran sehingga menitis air mata
* Memandang wajah ibu yg sedang tidur / sedar hingga berlinang air mata

6. 3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur!
* Anak
* Ibu
* Suami

Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisihan faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk laa muka bila dia tidor kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah.

7. Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira tak menangis teruk laa..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu.

8. Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu.

9. Kalau ada niat yang baik teruskan laa..Allah akan bersama, jangan takut

10. Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai .

11. Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakkan ibu kita di tempat yang terbaik .

12. Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal” :

a. “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini"

b. Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal- hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita

c. Tapi geng kalau sedekah RM1 takkan nak tuntutkan :-)

13. Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah

a. Kalau ditimpa sakit, baca laa "Innalillahiwainnail laihirojjiun," ,, then cakap dengan Allah

* “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini”

* “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini”

14. Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukan.

a. Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

15. Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita telah tiada!

a. Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup

* Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kawinkan” atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..” Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana .

16. Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam next time .

17. Tanda- tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan sedekah.

18. Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..

19. Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg dan takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!

20. Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan! ! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana .

21. Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah

22. Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak- anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

23. Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita.

24. Selalu Bergaduh Dengan Ibu

I. Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka

a.  Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar

b. Saka dipindahkan melalui Kasih sayang/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan

c. Symptom dah terkena saka

i) Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena

ii) Bila dah peringkat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar

iii) Susah nak dapat anak, senang gugur
iv) Ada rasa kelibat orang lalu
v) Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam

d. Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan

e. Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim dan cancer tulang.

f. 3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia. Kalau dapat ni pi laa perawatan cara islam jugak.

25. Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan

26. Kalau ada penyakit was- was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari

27. Anak Lari Dari Rumah
a. Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari
b. Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya.

28. Anak Degil
a. Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
b. Ni seram sket masa nak buat hehehe..mula2 je lepas tu ok..e.g. Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia .You can ask anything! Nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.

Monday, July 26, 2010

Akad Nikah on Friday 23rd July

Last Friday, my eldest niece, Izatul got married.  Tahniah to Izatul & Amin. This is just the akad nikah ceremony. The actual wedding will be held sometime after Raya Puasa. So, it was just a simple ceremony. Kak catered for 200 people but more turned up. It was held at Mak's place.
 Untuk tak nak bagi kelam kabut, invitations untuk ladies before Jumaat prayer. Then lepas jumaat prayer untuk tetamu lelaki. Then ada bacaan Yaasin untuk semua. Pukul 4pm akad nikah kat Masjid Malau. Lepas je akad nikah, solat Asar lepas tu rombongan pengantin lelaki ke rumah Mak untuk jamuan.
 The akad nikah was smooth sailing. Abang yang akad nikahkan his eldest daughter sendiri. Since menantu pun ustaz, laju je akad nikah tu... Sampaikan ada yang joke macam tak sabar je nak lepaskan anak..:D
 For lunch tu kak & abang tempah nasi jagung, ayam masak merah, daging masak hitam, acar, fruit & bubur gandum. Since nasi tu memang sedap, ada ramai le yang had second serving during lunch & after baca Yaasin. Nasib ada tempah Laksa Kedah gak. Kalau tak, rasanya lauk mmg tak cukup coz ramai yang datang..:-) For tea lak, ramai yang contribute kuih muih. So, food mmg variety lah.
 I made 2 cakes; chocolate cake for guests & Oreo Cheesecake intended for the newlyweds. Yang buatkan I frust tu, Ciskek tu simpan kat fridge rumah tok. Since tuan rumah tak de, ( Mak & kak ke masjid untuk akad nikah ), so ada le yang memandai jadi tuan rumah. Balik je dari masjid, I pun sibuk le nak hiaskan ciskek tu with peaches & oreo. Tup2 my aunty cakap ' ni kek u buat ke? Nak rasa boleh?' Tengok2 kek I sudah dipotong macam potong bengkang! Huwaa..Frust betul diorang treated ciskek tu cam tu. ( Padahal I covered the whole cake with aluminium foil. ) Lepas tu orang yang potong kek tu siap kata, tak pelah jadi kenduri gak. Memang lah nak buat kenduri pun.. But I wanted it to be decorated nicely. Tension betul. Dah tak terkata apa dah.. But the funny thing was, orang tu yang siap merajuk sampai esok pagi. Kalau ikutnya, I le yang kena merajuk lebih2. Tapi I bebel masa tu je.. But both of my cakes habis kejap je..The kids loved the choc cake. The adults liked the oreo cheesecake.

Selamat Pengantin Baru Izatul & Amin

Berdebar-debar sebelum dinikahkan..Smile..
Dinikahkan bapa mertua




 
   

Wednesday, July 21, 2010

Balik Kampung & Shopping Raya

 Weekend lepas balik Jitra since lama gak tak balik. So, sempatlah makan cempedak goreng, from pokok Ayah yang sedang berbuah. Hubby pun sempat panjat pokok dokong yang tengah lebat berbuah. Then dia pegi beli durian..so, we had pulut durian too. The durians were really yummy.
 Cempedak tu I tak berani makan banyak coz takut kembung. But we had the cempedak goreng after we had our late lunch. Punya le kekenyangan. Dah le ada masakan favourite I, like limpa goreng kicap, sup tulang, & gulai rebung. Lauk lain banyak lagi tp I concentrate 3 ni je.. So, lepas makan nasi & cempedak goreng tu dah so full. Dah max betul! Malam tu lepas maghrib pegi rumah kak dah tak larat nak makan food yang dia hidang. Cuma rasa kuih akar kayu & sesuap laksa.
 Lepas balik from Jitra Ahad malam tu, terus pack barang2 nak ke KL the next day. Bertolak lambat sikit on Monday coz had to do some errands. Masa tu le jugak contractor yang nak renovate rumah chose to come over. Nak ukur apa2 yang patut. We all bertolak ke KL dah after 11 am. Sampai KL ard 2.30pm. Lepas hantar barang kat IMR terus ke hotel.
 Lepas check-in & solat, actually I was dead tired coz malam sebelum tu tido dah nearly 2am. Tapi semangat nak shopping baju raya berkobar2, pegi le gak. Since our hotel dekat je dengan jln masjid India & TAR, kitaorang jalan je. Nasib tak bawak the princesses. Again kena tinggal dgn Cik Jun. So, senang le nak jalan. Pusing punya pusing, at last berjumpa gak kain nak buat baju raya for me & the princesses. Kena cari kain ela coz nak bagi sedondon like the previous years. Tema this year orange tp yang beli tu ada le ala2 orange albeit sikit je. Selesai bab cari baju kurung. Punya le mencari from KL ( previous visit ), to Penang, & to Kedah. At last bertemu jodoh di KL..:-)
 Esok tu ke myIPO. Nasib dah selesaikan borang siap2. So, urusan siap before 12.30pm. Lepas keluar from Dayabumi, tersesat masuk jalan mana ntah. Tup2 nampak entrance The Gardens. Terus melencong ke situ. Had lunch there. Then, Hubby did some shopping at Robinsons. I mencari2 gak baju..Tapi baju2 yang ada tu sumenya kalau I beli, next year baru boleh pakai..:-( Tak jumpa lak maternity section. So, nothing for me except some foodstuff kat Cold Storage.
 Lepas shopping tu, terus ke rumah Shidah. Punya le lama tak jumpa..Dah berbelas tahun. Tak kesampaian le hajat dia nak benih pokok lemuni coz I though she was still in Terengganu bila I bertolak from Penang. Tapi I dapat manggis Terengganu which the princesses love so much. Thanks Shidah. Masa kebetulan kat rumah Shidah, Lily pun datang gak. Lily ni pun the last time I jumpa masa kat AUSMAT gak. Berbelas tahun gak tu. Best jumpa kawan2 lama ni..nothing changes except makin comel..;-) Lupa lak nak buat photo session..

The princesses yang kena tinggal


Friday, July 16, 2010

Nasi Lemuni

 A few days ago Hubby buat projek tebang pokok lemuni kat our backyard. Punya le besar pokok ni, batang dia pun dah besar peha & tinggi pun dah lebih tinggi dari our house. I think this is the biggest lemuni tree that I've ever seen..:-) My mak pun cakap pokok ni besar. Pokok lemuni kat rumah arwah tok pun cekeding je. Kat rumah mak ( where we got the benih ) pun tak le besar mana pun.Ada sedara2 yang siap booked dahan dia if kitaorang nak tebang. Hari tu dah buat major trimming & pak teh dah ambik dahan yang besar lengan Hubby tu ( mmg besar le..hehe).
 Hubby ni kalau dia tanam pokok memang menjadi. Pokok yang tak de bunga pun boleh berbunga eg our pokok serai wangi ,aloe vera & inai (wangi betul bunga inai ni ). Tapi pokok buah tak menjadi lak..Pokok mangga ( chokanan ) yang dia tanam dia dah tebang coz tak berbuah..hehe..tension le tu.. Pokok mata kucing ( benih from MARDI, supposenya isi tebal..) pun dia nak tebang gak coz tanak berbuah. Tp I tak bagi. Tapi belimbing madu mmg berbuah tak putus2. Rambutan pun menjadi le jugak buah. Melalut pulak I.
 Back to Lemuni. Pokok lemuni ni banyak khasiat. Salah satu awet muda. Orang2 dulu ambik batang pokok lemuni buat senduk kacau nasi. So khasiat kat senduk tu masuk dalam nasi kut..:-) Orang berpantang memang elok makan nasi lemuni ni. My mak mesti akan buat at least once kat I every time I berpantang. There are 2 types of lemuni; hitam & hijau. Yang kitaorang tanam ni hitam. Pucuk dia purple. According to my mak, lemuni hitam ni lagi sedap & banyak khasiat. Ada jugak orang buat ulam. So, lemuni hitam ni bila buat nasi lemuni, akan jadi kehitaman sikit depends on how much you put. Lagi banyak bubuh lagi hitam le.
 Lepas Hubby tebang je pokok tu, I kutip pucuk lemuni tu & simpan dalam fridge. Tadi baru sempat nak masak nasi lemuni. Normally orang makan for breakfast cos ala-ala nasi lemak. Tapi we ate for lunch. Lauk to accompany nasi lemuni ni sama dengan lauk nasi lemak. Since I tak makan timun, I ganti dengan tomato. I buat sambal telur & ikan kembung goreng. Lagi sedap makan dengan ikan goreng dari makan dengan ikan bilis & kacang.. Hubby makan siap bertambah.Resepi ni resepi my mak.

Nasi Lemuni


Bahan
3 pot/ cawan beras
3 genggam pucuk lemuni hitam
1 genggam daun inai ( optional. Inai ni panas sikit )
3 cawan santan
1 1/2 cawan air
1/4 sudu teh halba
1/4 sudu teh lada hitam
2 ulas bawang merah, dihiris
1 ulas bawang putih, dihiris
1 inci halia, di hiris
garam & gula secukup rasa

Cara
1. Kisar pucuk lemuni & daun inai dengan 1 1/2 cawan air. Tapis pati & buang hampas.
2. Basuh beras & masukkan dalam rice coooker.
3. Masukkan pati campuran lemuni, santan, bawang merah, bawang putih, halia, halba & lada hitam. Kacau rata.
4. Tambah garam & gula secukup rasa. Tambah secukup air/ santan jika perlu.
5. Masak dalam rice cooker.
6. Hidangkan bersama sambal telur / daging masak wira ( my mak's recipe ), ikan goreng/ bilis goreng & timun.

Note: pucuk lemuni digunakan instead of daun lemuni coz daun lemuni lebih pahit. Tapi nasi lemuni kalau dah masak tak pahit pun.

Thursday, July 15, 2010

PBA - Bad customer service

Pepagi tadi staff bagitau air tak de. Heran gak bila office atas ada pulak ( Air kat tank diorang banyak kut ). Check meter tengok2 kena clamped. Yang pelik tu bil dah bayar since last week. Since kitaorang share meter dgn office atas, diorang offered nak ke PBA to settle the problem
 In the meantime, I called PBA call centre. Baru je terang our situation & that we never received the bills since last year..selalunya dapat notis akhir je. Terus dia membebel, tu bukan salah diorang. Customers yang dah pandai guna air, pandai le cari bil kalau tak terima. Duhh! I pun panas le. Ingat kita ada 1 bil je ke nak bayar tiap2 bulan. Nak kena terhegeh2 request kat diorang bil. Dah le bil diorang 2 bulan sekali. Mana nak ingat when we were supposed to get the bill. TM & TNB reti pulak hantar bil, why PBA tak boleh buat benda sama? Dia terus marah jangan nak samakan PBA dgn TM & TNB! Ntah apa2 le si mangkuk ni. Dah kita compare service diorang yang teruk tu bukan tau nak accept teguran.
 Another of her rationale bila I tanya why bekalan air kena potong baru this week eventhough dia pun mengaku dah terima payment last week ( after checking in their system ), dia boleh kata dah tarikh akhir suruh bayar end of June & I bayar early of July so mmg le kena potong. Apa la punya alasan. Selalunya orang potong bekalan air ,elektrik & phone sbb nak suruh pengguna bayar. Ni dah bayar kena potong jugak mmg otak kat lutut le tu kut! Mmg geram betul cakap dengan orang yang tak sekolah, at last I gave up. Terus hang up. Apasal le orang2 macam ni boleh diletak kat customer service. Kalau macam ni gaya, baik tak yah ada customer service.
 Wouldn't it be much nicer if she said " I'm sorry. It's our mistake since you did make a payment before we cut your water supply. We'll make arrangements to unclamp your meter. Thank you for calling and have a nice day." Then, I'd definitely have a nice day..


 Lepas hang up tu mmg berasap & mendidih je darah. Daripada buat kerja bila tengah marah, baik bergayut dgn kawan2. Bergayut dgn Zuraida punya le lama nearly 1 hour. Banyak cerita since lama tak borak. Padahal duduk dekat je, tapi malas nak kacau dia. yelah orang ada 9 businesses to handle. Mmg le sibuk mak cik tu! :-)
 Petang tadi tanya hubby dia nak makan cucur jagung or bubur jagung, he requested cucur jagung. So, we had cucur jagung for tea. Cucur jagung ni my adik beradik punya favourite. Tapi ada gak orang yang tak pernah makan. I remember when I made cucur jagung masa kat Perth dulu, my next door neighbour, Nadja from KL siap mintak resepi coz dia tak pernah makan before.

Cucur Jagung

Monday, July 12, 2010

Another trip to KL again..

 Last friday, we had to go to KL again coz ada meeting kat IMR. This time tak bawak the princesses. Kena tinggal dengan Cik Jun. Since a drive from Penang to KL normally took us around 3-4 hours, we decided to go that morning. Sampai KL awal lagi, around 1 pm ( appointment at 3pm ) tapi nak terus le hotel takut lak tersesat nak ke IMR pulak eventhough it's only 3-4km from IMR to our hotel. Tapi tak pe lah, better be early for the meeting. So, lunch dekat2 situ je.
 Lepas meeting, terus ke hotel. Lepas solat konon2nya nak shopping. Pegi le KLCC..tapi ronda2 kat situ I macam tak de mood lak nak shopping. Tak berkenan dihati. I think for the past few weeks dah asyik ke shopping complexes in Penang, KL & Batu Pahat, so dah beli dah benda yang berkenan dihati, so tu yang macam tak de perasaan nak shopping this time.
After a light dinner kat KLCC we headed to my cousin, Abang Ari's house kat Sri Petaling. On the way there nearly tersesat gak eventhough guna GPS & dah a few times ke rumah dia.. Tgk2 petrol dah nak habis. Gelabah la gak coz tak jumpa 1 pun petrol station. Biasak le, benda kalau kita cari mmg le tak jumpa. Battery hp pn nak kong. Tapi at last jumpa gak. Phew..Terus penuhkan petrol tank before ke rumah Abang Ari. We were served Laksa Johor yang telah difusionkan dengan laksa Kedah..:-) Cair but sedap. K.Hanim mmg pandai buat laksa johor. Then K.Cik bawak balik Big apple's doughnuts. Mmg sedap.
 Balik dr Sri Petaling dah 10.30pm. Ronda2 kat area dekat hotel we all. Yang kelakarnya we all ronda kat this street & at last masa nak dekat balik baru realised it was Petaling St. Punya la..Dulu2 masa student mmg akan singgah kat petaling st kalau nak ke Puduraya on d way balik Kedah. Ni dah jalan kat situ pun tak perasan tu le Petaling St! hehe..Padahal kat entrance tu dah terbentang tulis China Town. Memula tu cuak gak masa nak masuk street tu coz nampak chinese stalls je with mat & minah saleh lepak minum2. ( Yelah of course lakan since China Town..). Dah masuk tu macam pasar malam je.
 Esok tu be4 balik Penang sempat singgah kat Jln Masjid India & Jalan TAR. Konon2 nak beli kain untuk baju raya. Rambang mata. Tapi tak beli untuk sendiri pun tapi belikan untuk orang lain je. Untuk pakai sendiri macam tak de yang berkenan dihati...

Petaling Street

Wednesday, July 7, 2010

Pizza & the Slow Website

 I woke up early today which was quite rare considering I'm not a morning person. Selalunya lepas subuh, zzz..balik. But, I have a mission today. Well, last nite masuk this gov website, but could't get the job done. So, I thought kena buat during office hours kut. So, after subuh tak sambung tido.
 Since masa ada lagi before the office opened at 8am, I decided to make a pizza dough. Lama tak buat pizza ni coz sorang dalam rumah ni mmg tak makan anything to do with roti. ( Adik le tu..). So, kalau masak benda yang dia tak makan, mmg nak kena buat something for her. Dah le kurus kering, makan pun memilih. Kejap je pizza dough  & topping dah siap. Dapat le 2 large pizzas. Resepi I combine 2 resepi.
 Back to the govt website, rupa-rupanya diaorang dah tukar new system since 1st July. Baru je lagi. Tu yang tak perasan tu. So, kena call office diorang tu get the new password for the new system. MasyaAllah, punya le lembab macam siput website tu. Everytime u want to go to a new page, it prompted to key in the identification ID which u have to key in about 5X! Lepas tu nak upload document yg around 30kb pun tak leh. After calling & emailing them, at last we resolved the problem dah petang. Rupa2nya file name tak leh ada any characters. Grr.. Apasal le tak mention awal2 kat instruction tu upload tu! So, finally got the job done around 4pm with the help of Hubby.

Pizza Dough

After bakar


Before bakar


Ingredients

1 package active dry yeast
1 teaspoon sugar
1/2 cup warm water
1/2 cup fresh milk
 2 1/2 cups flour
2 tablespoons olive oil
1 teaspoon salt

Directions

1.Preheat oven to 200C. In a medium bowl, dissolve yeast and sugar in warm water. Let stand until creamy, about 10 minutes. Add fresh milk.
2.Stir in flour, salt and oil. Beat until smooth. Let rest for 5 minutes.
3.Turn dough out onto a lightly floured surface and pat or roll into a round. Transfer crust to a lightly greased pizza pan . Spread with desired toppings and bake in preheated oven for 15 to 20 minutes, or until golden brown. Let baked pizza cool for 5 minutes before serving.

Tuesday, July 6, 2010

What Song?

After AF ( Akedemi Fantasia ) habis hari tu, Alysa & Adik have their favourite finalists & songs. Alysa loves Adira while Adik suka Syahir. So, hari2 melalak lagu baru Syahir & Adira. Yang pelik tu, they only heard the songs in passing coz Mama & Papa bukannya peminat AF ni ( except that mama diaorang tak pernah miss every concert masa AF1-AF3, but now dah tak minat dah..:-) ). Hubby lagi le blur, coz dia dari dulu mmg tak minat AF ni. It's typical of guys that he'd watch sports channel je when he had time to watch TV.
 Tapi bebudak mmg camni kut. Dengar je lagu yang diorang suka sekali dua terus boleh nyanyi. Kalau study cam ni mmg lah baguskan..But, I noticed that the princesses ni kalau tengok TV programmes yang diorang suka, punya la kusyuk sampai panggil pun tak dengar, sebijik macam Papa. Expression muka pun sama..:-)
 Last nite, bila telinga I dah sakit dengar Adik melalak lagu Syahir, I decided to record it. Punya le kuat melalak sampai nak pecah speaker. Tapi I record pakai phone je..Bila Hubby tengok recording tu, he asked " What song?". I pun tak ingat title lagu Syahir ni..:D. Yelah considering mmg jarang dengar radio. The most I'd listen to the radio is around 2 mins while driving to work..hehe.. Rumah dekat je dgn tempat kerja..hehe..

Alysa & Adik belting Syahir's song..( dunno the title..)