Pages

Saturday, July 27, 2013

Chicken Cordon Bleu

My princesses never like chicken breast or any healthy parts. Normally they would choose chicken wings or drumsticks. Jenuh le I nak menghabiskan sorang-sorang. Now, I've found a way to make them eat chicken breast. They even raved about the dish..:-) Habis licin..

I made Chicken Cordon Bleu for iftar recently. I've made a few adjustments to suit what was in my kitchen.

Chicken Cordon Bleu
Source: Here


Ingredients 
6 skinless, boneless chicken breast halves
6 slices Swiss cheese - I used cheddar cheese slices
6 slices ham - I used smoked lamb slices
3 tablespoons all-purpose flour - I used tepung serbaguna Adabi
1 teaspoon paprika - i omitted this
6 tablespoons butter
1/2 cup dry white wine - I used chicken stock
1 teaspoon chicken bouillon granules
1 tablespoon cornstarch
1 cup heavy whipping cream

Directions
1. Pound chicken breasts if they are too thick. Place a cheese and lamb slice on each breast within 1/2 inch of the edges. Fold the edges of the chicken over the filling, and secure with toothpicks. Coat the chicken pieces with Adabi all purpose flour.
2. Heat the butter in a large skillet over medium-high heat, and cook the chicken until browned on all sides. Add the chicken stock and bouillon. Reduce heat to low, cover, and simmer for 30 minutes, until chicken is no longer pink and juices run clear.
3. Remove the toothpicks, and transfer the breasts to a warm platter. Blend the cornstarch with the cream in a small bowl, and whisk slowly into the skillet. Cook, stirring until thickened, and pour over the chicken. Serve warm.

Friday, July 26, 2013

Cheezy Sausage Rolls

Untuk berbuka, selalunya I masak simple je. Mostly ikut selera the princesses. Alysa & Ayra je yang berpuasa. Bay belum lagi & tak kisah pun makan apa-apa. Kalau tak de yang kena dengan tekak dia, dia makan toasts with butter & peanut butter je. Ni le makanan ruji dia semenjak 2 menjak ni..

 Baru- baru ni nampak resepi simple dari blog k.inahar. Resepi asal dari k.ina KL. Terus cuba. Alysa & suka sangat. Adik as usual la tak rasa pun since dia tak makan anything to do with roti.

Cheezy Sausage Rolls


Bahan-bahan:
8 keping roti tawar (gardenia @ apa saja) - dibuang tepinya 
8 sosej ayam @ daging
1 biji telur - dipukul sedikit
sedikit serbuk lada sulah ( optional )
breadcrumbs @ nestum
minyak untuk menggoreng
sliced cheese
sedikit tepung gandum di campur dengan sedikit air untuk gam tepi roti takut terbukaklah pulak masa menggoreng. 

Cara-cara:
1. Gelek roti hingga nipis/leper.
2. Balut sosej dengan roti yg leper tadi.. pastukan masukkan slice cheese-( I gunakan 1/2 kepingan ajer)..pastu gulungkan kemas-kemas dan letakkan campuran tepung gandum tadi di penghabisan roti tadi.
3. Potong lebihan sosej yg lebih ditepi roti supaya nampak kemas
4. Masukan garam, serbuk lada sulah dalam telur. Celup gulungan roti tadi ke dalam telur.
5. Salut @ golek-golekkan roti yang dah dicelup dengan telur kedalam breadcrumb. (nestum)
6. Goreng gulungan roti tadi ke dalam minyak yg panas hingga kuning keemasan

7. Dah siap..enak dimakan bercicah cili sos campur mayonis ataupun makan camtu ajer.. 

Saturday, July 20, 2013

Umrah Tanpa Travel Agent

 Lepas first time buat umrah Februari lepas, hati terasa rindu sangat nak ke sana lagi ( Boleh tengok sini ). I'm sure everybody yang pernah ke sana felt the same way. I memang berdoa dapat ke sana lagi, kalau boleh every year nak ke sana..


Kitaorang selalu travel free & easy, cuma masa ke Medan & Bandung early of the year je yang menggunakan ground package. So, balik je dari umrah tu, terfikir nak pergi pulak without travel agent. Now, AirAsia pun dah ada direct flight ke Jeddah. Lagi lah senang.

Masa I baca experience orang yang pegi sendiri ni, I tertarik dengan satu perkongsian. Dia pergi bertujuh. The total cost was RM25K. Duduk pulak dekat Hilton yang hanya 20m dari Masjidilharam. So, kiranya sorang dalam RM3K++ je.

Alhamdulillah, last month we all dapat AA promo ticket ke Jeddah. Cuma RM700++ je sorang. Secara kebetulan, my sis Ila tergerak hati nak check AA ticket ke Jeddah. Tengok2 tgh promo. Terus we all booked untuk bulan December ni. Ni kiranya umrah musim sejuk la. Yang bestnya dapat dua tahun terus kat Makkah. Pegi December 2013, balik January 2014..:-)

Sesungguhnya DIA maha mendengar. Hari tu I ada bagitau kat Hubby, bestnya kalau dapat pegi bulan December coz ada ustaz yang pegi masa ni cakap tak ramai orang. Budak2 pun siap boleh main kat Hajar Aswad. Bila we all book tiket tu terus tekan bulan December coz tak tau pulak bulan lain pun ada promo. I shared with my friends about this promo. Ada yang booked bulan Feb & March 2014. So, memang rezeki we all dapat bulan December.

I ada berFB dengan Dewi from Sabah ( I jumpa through FB group. She's very helpful ) yang pegi without travel agent. Dah la first time. Dia kata Alhamdulillah. Allah permudahkan semua urusan dia. Tak susah pun macam sesetengah orang war-warkan... Dia duduk kat Zam Zam Pullman. Pihak hotel siap upgrade dia ke bilik Masjidilharam view walaupun dia cuma booked bilik biasa. Naik AA pun dapat premium seat lagi. Memang selesa. Habuan masing2..

Kitaorang tengah survey transport. The best deal so far, GMC RM1800 & van RM1500 per car including driver & mutawif. This is offered by a travel agent kat sini. Travel agent kat Makkah lagi mahal. Ada yang quote Toyota Prado SR4000. We are also waiting for the best deals untuk hotel yang berdekatan Masjidil Haram.

InshaaAllah kami akan pergi bertiga dengan MIL. Tapi di Makkah kami akan berenam dengan Ila. Kami akan ke Makkah dulu. Ila yang pergi awal 4 hari akan ke Madinah dulu & we all akan berjumpa di Makkah on the same day.

Ni antara checklist untuk yang nak pegi sendiri ni:
1) Book flight ticket
2) Visa- Kena mohon melalui TA berdaftar dengan Kerajaan Arab Saudi. Fee btw RM300-350.
3) Hotel - Book online je. Agoda.com or booking.com. Hotelscombined.com pun boleh compare the best rate.

4) Transport - Boleh survey dgn TA yang suits our needs i.e utk berapa orang.


Semoga Allah permudahkan urusan kami. Kalau ada sesiapa yang pernah pegi tanpa travel agent ni, sudilah berkongsi cerita. InshaaAllah, bila we all dah pergi cara macam ni, I'll share our experience. Moga-moga ramai lagi yang dapat pergi. Kalau ada duit lebih, siap boleh sponsor family members lagi..

Update:
Pengalaman saya boleh tengok kat sini.

Dapatkan buku "Travelog Umrah DIY" di sini:

Travelog Umrah DIY




Friday, July 19, 2013

Caramel Cheesecake

 Masa Father's Day hari tu tercari2 nak buat kek yang belum buat. Finally, I decided on Caramel Cheesecake. Resepi Yani myresipi with a few adjustments. Serious sedap. Even my family cakap sedap. Adik yang tak berapa suka cheesecake pun makan gak.

Caramel Cheesecake


Happy Father's Day Ayah, Papa & Abah..


Bahan-bahan ( 18cm )
Krim
250g cream cheese - suhu bilik
3 biji telur
1cwn(200ml) sour cream - ( I used plain yogurt )
1cwn(200ml) fresh cream
120g gula
2 sudu besar corn starch
beberapa titik vanila esen
I added 2 tbs condensed milk.
Lapisan bawah
100g biskut marie/ graham cracker
50g butter(cairkan)
Caramel
1/4 cwn(50ml) fresh milk
80g gula

Cara-cara
Masukkan biskut ke dalam beg plastik. Ketuk-ketuk dengan kayu pencanai sehingga hancur. Masukkan butter dan ramas sehingga jadi berketul
Masukkan biskut ke dalam loyang. Tekan padat-padat biskut tadi.
Sediakan karamel. Masakkan gula dengan 1 sudu besar air sehigga perang. Padamkan api. Kemudian masukkan fresh milk. Ketepikan
Pukul cream cheese sehingga jadi bentuk krim. Masukkan gula -> esen vanila -> sour cream -> telur -> corn starch -> fresh cream ikut turutan sambil dipukul. Pukul sehigga jadi bentuk krim.

Tuangkan krim ke dalam loyang. Letakkan karamel di atas cream tadi.

Bakar selama 30 minit pada suhu 200C dan turunkan suhu kepada 160C. Bakar lagi selama 30 minit. untuk mengelakkan hangus pada permukaan bolehlah letak aluminium foil selepas 30 minit pertama. Bakar secara double-boiler dgn meletakkan air suam di dalam dulang.

Note: I put the caramel after baking for 30 min. This way, caramel tak mendap ke dalam cake.

Wednesday, April 24, 2013

A Short Break in Port Dickson

We have never stayed in Port Dickson before. Pathetic kan.. since kalau balik Batu Pahat mesti kena lalu Seremban. But we never had time to stop there before. So, this time, instead of spending 2 nights in Cameron Highlands, I suggested to Hubby to spend 1 night in Cameron Highlands and 1 night in Port Dickson sambil balik kampung.

Banyak sangat hotels kat PD ni. Tak tau nak pilih. At last, we stayed at Lexis Water Chalets. Nothing impressive here. Next time, may be nak stay somewhere near Teluk Kemang or Kampung Rusa. Since this was really a short break, we only spent our time at beaches. Nak makan pun tak tau kat mana. So, try le satu cafe near Bagan Pinang Beach. Nampak macam cantik but foodwise..well, I'd rather not go there again. Ada ke cheezy wedges, dia hantar kentang tergolek without the cheezy sauce. When I complained, the chef said that was their style. Oh well, I didn't taste any cheese in it but I paid for the cheese..

Masa school hols ada expo kat Teluk Kemang. So, we all lepak kat situ je malam tu. Nothing much there. Mostly baju2 je. Food pun tak banyak gerai & very limited. Expo ni tepi pantai tapi panas kat sini!

Lexis Port Dickson ( formerly known as The Legend Water Chalets )




Pantai Tg Gemok

 Pantai Bagan Pinang


Watching Sunset


Waiting for our dinner


Pantai Teluk Kemang


Muka Bangun Tidur

Splashing in the pool





Tuesday, April 23, 2013

A Weekend in Cameron Highlands

 Last school holidays, we managed to bring the princesses to Cameron Highlands. Since we made a last minute plan, most hotels were fully booked.:-( Actually, I booked  a room at Hotel Rosa Passadena through cuti.my. But, after payment was made, I received an email the next day that all rooms were fully booked. ( That would be my first and last time I booked through cuti.my I think..). After searching for homestays and other alternatives, I finally booked a chalet. Right in the middle of Brinchang.

Our chalet was very convenient. Boleh jalan je ke night market & food court. Kalau nak kena drive susah nak cari parking. I geram je tengok strawberry & flowers kat Cameron Highlands ni. Tapi nak beli tak boleh coz we were on the way balik johor. Kecut nanti roses tu. Strawberry yang we all beli pun ada yang buruk by the time sampai Johor..
 
 Since this was the first time for us to visit Cameron Highlands, we did the touristy things..:-) We visited most of the must-visit places in a short time that we had. I love the scenery there and strawberry coklat. Tapi yang tak best, dapat surat cinta dari polis masa parking kat tepi jalan di Kea Farm. I think that was absurd & unfair coz everybody parked along the main road. But only a few cars were given summonses. Parking of course le tak de kan.. 

Greenview Garden



Brinchang Night Market

 Kea Farm


Boh Tea Centre


Boh Plantation

Rose Garden






Big Red Strawberry Farm



Friday, March 29, 2013

Umrah Ziarah: Amazing Journey - Makkah Part III

My routine di Makkah, pegi Masjidil Haram, balik for meals & waited for the next prayer time. Kalau lepas Asar tu selalunya I tak balik. Stayed kat masjid sampai lepas Isyak. Kalau hari yang I buat umrah petang, lepas isyak dah balik bilik & after dinner keluar for shopping. Kalau umrah selepas isyak, balik dulu for dinner then ke Tane'em untuk bermiqat. Habis umrah dah tengah malam.



Taneem Mosque

Dalam Masjidil Haram, I selalu solat kat tingkat atas. Tak bersesak & lepas solat boleh duduk kat balcony sambil baca Quran & tenung Ka'abah. Tenang je..Kat sini nak berwudhuk pun senang coz ada area paip zam-zam kat belakang tu. Boleh ambil wudhuk guna air zam-zam..

Dalam Masjidil Haram


Since Masjidil Haram ada 99 pintu, kenalah cam pintu masuk. Masa mula2 sampai, I selalu guna pintu 1. Kasut pun tinggal kat situ. Lepas tu bawak kasut masuk dalam je. Kasut masuk dalam beg kasut & letak tepi tiang waktu solat. Kat tingkat bawah, untuk ke bahagian ladies senang guna pintu 72,73 & 74. Depan Dar Al Tawhid inter continental hotel. After umrah, I suka solat kat basement. Sejuk je. Nak berwudhuk pun senang. Naik je tangga terus nampak Ka'abah.

Kalau nak tengok jenazah ( yang disolatkan setiap kali lepas solat fardhu ), boleh ke pintu Ismail ( pintu 10 ).  Untuk ladies yang nak bersolat di dataran tawaf , kat belakang hijir ismail ada ladies section. Tapi kena pegi awal. Sentiasa penuh.

Babul Ismail ( Pintu 10 )

Kat Makkah ni berabuk sangat coz under massive renovation, banyakkan minum air zam-zam dan berdoa. Ishaa Allah sihat. Alhamdulillah I sihat sepanjang umrah & balik ke Malaysia. Bila sihat, nak buat umrah pun selesa & boleh buat banyak kali..

Masjidil Haram under renovation


Waktu bertawaf, sejuk & nyaman je bila lalu kawasan Hijir Ismail ( Hateem ). When I first did my tawaf, I tercari2 jugak ada kipas @ aircond ke kat sini coz bila lalu je macam ada angin sejuk kat sini. Later I found out that Nabi Ismail pernah berdoa supaya kawasan ni sejuk. ( correct me if i'm wrong ). Rasulullah SAW bersabda " Solatlah kamu di sini jika kamu ingin solat di dalam Kaabah, kerana ini termasuk sebahagian dari Kaabah." Lepas bertawaf tu ada la 2x I dapat solat sunat dalam Hijir Ismail. Alhamdulillah..Area ni area mustajab doa. Usahalah untuk masuk ke dalam Hateem. Memang akan sentiasa ramai orang. Tapi inshaa Allah, dapat masuk. Bila dapat masuk je, terus ke kiri. Kat sini kalau solat tak terganggu sangat. Masa 1st time I solat sini, ada sorang pak cik arab ni yang dok jaga wife dia solat. Both dah bongkok. Since I solat sebelah wife dia, I pun dapat solat dengan aman. Kat dalam ni Subhanallah.. undescribable feelings..Orang2 kat dalam Hijir Ismail pun beradab sikit dari yang dok queue nak kucup Hajar Aswad. Yelah semua yang masuk dalam ni nak berdoa kan..

Ladies section kat belakang Hateem



Just before azan subuh. Imam menunggu masuk waktu di Hijir Ismail.




Another area yang mustajab doa, kat belakang Makam Ibrahim. Lepas tawaf, most of the time I dapat solat kat sini. Walaupun tengah panas terik, lepas solat sunat tawaf & berdoa, u won't feel the heat. Sebak je hati..Rasa kerdil & hina sangat diri..

I suka tawaf & sa'ie sorang2. Tak rasa terikat nak tercari2 orang in case hilang. Dapat beribadat dengan tenang. Masa sai'e tu, I baca doa ikut buku je. Tak le terlupa dah pusingan ke berapa. Lepas je sai'e terus duduk di bukit Marwah untuk berdoa then tahallul.

Safa Start

Ke Sai'e dari dataran tawaf


Bukit Marwah

This Umrah was indeed a great & amazing experience & journey for me. Nothing compares my experience here. Rasa kalau boleh tiap-tiap tahun nak ke sini lagi.. Inshaa Allah. Alhamdulillah Allah beri peluang menjadi tetamuNya sewaktu kesihatan pun baik. Dapat beribadat tanpa halangan kesihatan. Best of all, dapat pegi dengan my parents yang menyambut anniversary ke50 di Madinah. 

Happy 50th anniversary mak & ayah.

Untuk yang belum berkesempatan menjadi tetamuNya, berdoalah supaya dijemput awal sewaktu masih muda dan kuat...