Hari ni memikir apa nak masak for lunch. Then, rasaya dah lama tak wat nasi beriyani. The princesses pun suka nasi ada colour ni. So, I masak le nasi beriyani. Malas nak buat kari to go with it. I main campak je ayam masuk dalam nasi tu. Ni kes orang malas..:D
Nasi Beriyani Ayam
Bahan-bahan
3 cwn beras
1/2 ekor ayam, potong kecil
1 sb rempah beriyani
kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
2 ulas bawang putih - dihiris
4 ulas bawang merah - dihiris
6 sb minyak sapi ( I guna olive oil )
1sb jus oren
garam / gula
1 kiub pati ayam
1/2 cawan susu cair
2 helai daun pandan
1 batang celery
air
pewarna kuning telur
Cara:
1. Basuh beras dan toskan.
2. Panaskan minyak. Tumis bawang, kulit kayu manis, buah pelaga & bunga cengkih.
3. Masukkan rempah beriyani diikuti beras. Gaul sebati.
4. Masukkan air, jus oren, pati ayam , susu cair, garam & gula secukup rasa.
5. Simpul daun pandan & masukkan dalm nasi diikuti celery.
6. Ayam dimasukkan dan digaul rata.
7. Masak dalam rice cooker.
8. Bila sudah masak, titikkan pewarna & kacau.
NASI DAGING UTARA
-
Assalamualaikum.. Hari ni kita baru sempat nak updet menu istimewa sempena
besday Anakanda Sri & Adam yg dimasak baru-baru ni. Pestaim kita masak Nasi
...
2 months ago
2 comments:
as salam 3 AS...nak tumpang mkn nasi beriayani la pulak kt sini..jgn ssh2,k.atie bawak pinggan sendirik!hihi
K.Atie,
Jemputlah...:-)
Post a Comment