Pages

Wednesday, February 3, 2010

Asam Pedas Ayam

Actually dah lama nak buat asam pedas ayam ni. Ni masakan Johor. But the funny thing is Hubby tak pernah makan pun. Yelah..orang jawa le katakan. My MIL tak pernah masakkan untuk dia dulu..hikhik..Kesian kan? On the other hand, asam pedas ayam ni mmg weekly menu masa I study kat STF dulu. Pandai betul makcik2 dining hall masak. Ada macaroni sup ayam, lontong, nasi daging ( sampai now i tak pernah jumpa / makan nasi daging yg sedap cam tu using minced meat ), Nasi hujan panas, dll. Melalut le pulak! Tapi, i pelik le bila bebudak boarding school len esp my niece dok complain food kat dining hall tak sedap. Nak kena pegi makan kat kantin gak. I dulu seingat I, masakan kat kantin yang tak sedap. Mee goreng cam plastik je..hehe..

Back to Asam Pedas Ayam I, actually masa mak dtg hari tu dia ada tanam daun kesum kat depan rumah. Hubby pulak rajin membelek pokok tu, so hidup segar bugar le. I tanya le dia what to do with daun kesum tu? Nak tak makan asam pedas ayam? I know dia ni actually mmg jenis yang tak suka asam pedas. He's a curry man..Kalau tak de lauk lain je kut baru le dia mkn asam pedas ni. He said why not. So, i pun masak le tadi. Masa nak masak tu K.Ju ada tanya nak wat apa daun kesum & chicken? I told her Asam Pedas Ayam. Dia pun tak biasa mkn. She said klau sdp nnt dia nak try kat rumah. Lepas lunch & sedap le tu, masa nak balik siap ambik serai & daun kesum nak masak asam pedas ayam for dinner. hehe.. Hubby pun sampai bertambah nasi. Sedap le tu.. Resepi tak ingat le amik dari mana but i modified a bit.

Asam Pedas Ayam


Bahan:

1/2 ekor ayam, potong sederhana
* 1 bawang besar
* 1 ulas bawang putih
* 1 inci halia
* 10 tangkai cili kering
1 st halba
1 sb asam jawa + 1/2 cawan air
1 btg serai , dititik
1 biji tomato belah 4
gula & garam
Minyak untuk menumis
air secukupnya ( 1/2 L )

Cara:

1. Kisar bahan bertanda *
2. Panaskan minyak. Tumis halba bersama bahan kisar sehingga garing / pecah minyak.
3. Masukkan air asam jawa bersama ayam. Diikuti air & serai. Masukkan garam & gula secukup rasa.
4. Biarkan mendidih. Masukkan tomato. Tutup api.

For the pincesses since diorang tak makan pedas, I made MFC ( aka Mama Fried Chicken ). By the time i balik kerja dah licin diorang ratah as expected.


4 comments:

JC said...

Bestnya asam pedas le lauk kegemaran I....letak ikan ke, ayam ke, etc semua I suka...lagi banyak bubuh daun kesum lagi best gitu

3AS said...

JC,
Mmg sedap..Tapi i jarang wat coz hubby kureng sikit asam pedas. He's a curry man..hehe..Tapi asam pedas ayam ni mmg dia pulun..:D

Packy @ Mawar Merah said...

Zura...STF tu sekolah baguih, makan oun baguih...kami yang dok sekolah semi-boarding dulu...menitis ayag mata tengok makanan yang depa hidang...tapi pasai tak dak pilihan...belasah jer ler.

Hee...the asam pedas looks yummy...

3AS said...

K.Packy,
M.cik2 tukang masak kat STF dulu pandai2 masak le tu..hehe.. Bertuah kami..