Nasi Ayam Belanga
( I C & P je ye Noreen your recipe..)
Bahan-bahan:
2 cawan beras
1/2 ekor ayam - dipotong kecil
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar kicap manis
1 batang serai - dititik2 helas daun pandan - disimpul
air secukupnya untuk merebus ayam dan untuk dijadikan stok masak nasi
2 sudu besar minyak sapi / marjerin
Bahan2 tumbuk:
1cm halia
3 ulas bawang putih
Bahan2 rempah:
3 kuntuk bunga cengkih, 2 kuntum bunga lawang, 1 batang kayu manis, 3 biji buah pelaga, 1/2 - 1 sudu kecil jintan manis, 1/2 - 1 sudu kecil jintan putih
cara:
1. Rebuskan ayam dengan garam dan serai sehingga empuk . Angkat dan toskan
2. Simpan stok ayam untuk memasak nasi
3. Perapkan ayam dengan bahan2 tumbuk, minyak bijan dan kicap manis sekejap
4. Panaskan minyak sapi
5. Tumiskan bahan2 rempah sehingga naik bau
6. Masukkan beras dan kacau rata
7. Kemudian masukkan stok ayam dan kacau rata . Bolehlah ubahkan beras ke dalam rice cooker dan tutupkan
8. Apabila nasi sudah hampir masak bolehlah diletakkan ayam dan daun pandan. Biarkan sebentar dan kacau2kan supaya masak sekata
9. Lebihan stok ayam tadi bolehlah dibuatkan sup
10. Hidangkan dengan sup, kicap cair, kuah cili atau makan begitu saja
Lepas goreng cucur jagung, tak sempat tunggu berbuka, Alysa & Adik dah beriya nak makan dulu...
Cucur Jagung
Bahan2:
2 jagung, hiris nipis
1-2 ulas bawang merah, hiris
1 1/2 cwn tepung gandum
5 ekor udang saiz L, potong kecil
1 cwn air
1 sk garam ( secukup rasa)
cara:
1. Campur semua bahan hingga sebati.
2. Goreng menggunakan minyak panas hingga kekuningan.
3. Angkat & toskan.
4. Hidang bersama sos pilihan.
No comments:
Post a Comment