Pages

Showing posts with label Snacks. Show all posts
Showing posts with label Snacks. Show all posts

Friday, July 26, 2013

Cheezy Sausage Rolls

Untuk berbuka, selalunya I masak simple je. Mostly ikut selera the princesses. Alysa & Ayra je yang berpuasa. Bay belum lagi & tak kisah pun makan apa-apa. Kalau tak de yang kena dengan tekak dia, dia makan toasts with butter & peanut butter je. Ni le makanan ruji dia semenjak 2 menjak ni..

 Baru- baru ni nampak resepi simple dari blog k.inahar. Resepi asal dari k.ina KL. Terus cuba. Alysa & suka sangat. Adik as usual la tak rasa pun since dia tak makan anything to do with roti.

Cheezy Sausage Rolls


Bahan-bahan:
8 keping roti tawar (gardenia @ apa saja) - dibuang tepinya 
8 sosej ayam @ daging
1 biji telur - dipukul sedikit
sedikit serbuk lada sulah ( optional )
breadcrumbs @ nestum
minyak untuk menggoreng
sliced cheese
sedikit tepung gandum di campur dengan sedikit air untuk gam tepi roti takut terbukaklah pulak masa menggoreng. 

Cara-cara:
1. Gelek roti hingga nipis/leper.
2. Balut sosej dengan roti yg leper tadi.. pastukan masukkan slice cheese-( I gunakan 1/2 kepingan ajer)..pastu gulungkan kemas-kemas dan letakkan campuran tepung gandum tadi di penghabisan roti tadi.
3. Potong lebihan sosej yg lebih ditepi roti supaya nampak kemas
4. Masukan garam, serbuk lada sulah dalam telur. Celup gulungan roti tadi ke dalam telur.
5. Salut @ golek-golekkan roti yang dah dicelup dengan telur kedalam breadcrumb. (nestum)
6. Goreng gulungan roti tadi ke dalam minyak yg panas hingga kuning keemasan

7. Dah siap..enak dimakan bercicah cili sos campur mayonis ataupun makan camtu ajer.. 

Thursday, January 7, 2010

Snacks anyone?

Semenjak 2 menjak ni baru perasan yang kalau ada mood rajin nak masak, mesti wat cakes. I don't know why? Nak kata Hubby or the princesses like cakes tak de le sesangat. But we do love cheese cakes. Tapi fattening le pulak.. & Hubby needs to lose some weight! ( hehe..not some, but a lot i think..)

Yesterday bila mood rajin nak masak, rasa macam teringin lak nak wat keropok lekor. But i wanted to do the simplest recipe ( time rajin pun still malas..haha.). Another thing I didn't want to use tapioca flour. Bukan apa, tepung ubi ni after makan berangin le pulak. So, try le cari resepi yang guna tepung jagung instead. Terjumpa le resepi yang i rasa sesuai le kat myResipi. Tastewise, ok le ..crunchy. Tapi terlebih garam le pulak. Tapi bila cicah sos tak le rasa masin sesangat. The good thing about home made keropok lekor is tak de MSG & tak le rasa tepung je lebih.

Keropok Lekor Tuna

Sebelum goreng


Selepas goreng


Bahan:
1 tin tuna flakes in oil ( 185gm)
1 cwn tepung jagung
garam secukup rasa
air untuk merebus

Cara:
1. Rebuskan air di dalam periuk.
2. Toskan minyak ikan tuna. Masukkan ke dalam mangkuk. Gaul dengan tepung jagung sedikit demi sedikit hingga doh tidak melekat di tangan.
3. Masuk garam. Bahagi 4 & gentel panjang.
4. Rebus dalam air hingga timbul.
5. Angkat & toskan. Biar sejuk.
6. Potong serong & goreng.

Today lak terasa nak wat popia cracker or we all panggil kuih kapal terbang. I don't know why the name. Tak de rupa kapal terbang pun! kuih ni masa raya hari tu mak tempah berkilo-kilo sebab sedap je mengunyah. Once you started, you cannot stop. Masa mak tempah tu, the price was RM20 or RM30 per kilo. Yelah, leceh nak wat. Nak masuk mulut kejap je. This one I got the idea again from myResipi, but I added susu tepung for the oomph! Next time may be nak tambah horlicks lak. Alysa & Ayra suka betul. Siap je terus ngap sampai kena suruh stop coz dah bedtime. Baby pun sibuk gak nak makan. Memang sedap. I think I boleh habiskan 1 balang in 1 go. hehe.. Rosak diet..

Kuih Kapal Terbang


Bahan:
1 paket kulit popia
1 tbs tepung gandum ( bancuh sedikit air )
1/2 cwn nestum
1/2 cwn susu tepung
1/4 cwn gula
minyak untuk menggoreng
Cara:
1. Kisar nestum, susu & gula. ketepikan.
2. Gulung memanjang kulit popia satu persatu & gam di hujungnya.
3. Gunting serong setiap satu.
4. Goreng hingga keemasan.
5. Angkat & toskan sebentar.
6. Gaul dengan bahan 1.