Pages

Showing posts with label Masakan Kampung. Show all posts
Showing posts with label Masakan Kampung. Show all posts

Thursday, August 18, 2011

Ramadhan 1432

 Dah setengah bulan kita berpuasa. I'm proud of Alysa. She managed to fast 5 days so far. Mula2 dulu puasa setengah hari. Balik kindy, dia akan berbuka around 2-3pm. Ada 1 day dulu, early ramadhan, dia melalak kelaparan coz Cik Jun tak bagi dia berbuka awal. Nampak macam kebuluran hearing the sound of her wails.:D

 But last week masa kitaorang bawak dia for raya shopping straight away after kindy, dia tak de chance le berbuka awal. Lepas tu pujuk if she could fast until 7.30pm, we would buy her Mc D double cheese burger. Boleh pulak dia puasa sampai iftar. Just nak train her tummy considering dia ni kaki makan . Tapi I pun tak nak le push dia sangat coz dia bersahur dgn sebotol susu 6 oz je. Nampak dehydrated je kalau berpuasa. I allowed her to fast every other day.When she did fast, we rewarded her with her fav food. Dah berapa kali ek dia request double cheese burger..Tapi tak de lah ikut sangat..

 This Ramadhan, I tak rajin nak experiment dengan resepi baru. Baby Airis asyik nak melekat je. Sometimes tu time masak, dia sampai bergayut kat kaki I. So, normally after 6.15pm baru masuk dapur. Kalau orang dukung dia, senyum sampai telinga le. Otherwise, melalak macam nak tercabut anak tekak. So, when Hubby asked me about kuih raya, I said nak kena tengok mood Baby Airis la. Tapi plan tu next week baru nak start buat kuih raya..

 So far, kitaorang dah balik berbuka kat kg dah 2x. Menu as usual la penuh meja. Mak masuk dapur since pagi. Tak kuasa I nak masuk dapur dari pagi to prepare for iftar kalau kat rumah sendiri..

Menu berbuka kat kg..


Masak Anga Ayam - a must have menu during raya


Daging Masak Wira - Another favourite especially for Bang Cik & family

      
Jeruk Maman - Kedahan's old dish


Note: This ramadhan, Alysa managed to fasrt 13 days. I'm proud of her.

Wednesday, August 25, 2010

Surat Cinta & Sambal Goreng Tempe

 Hari ni tak pasal2 dapat surat cinta from PDRM. Ni Hubby punya pasal lah...( Dia jugak yang kena..:D). Dia suruh I ke Post Office coz dia nak terus ke masjid. Dah dekat dengan Kompleks Dato' Kailan tu, I pun lajak le ke situ nak beli susu & fruits. So, I parking le depan kedai buah. Tak sedar le pulak bila diorang bagi surat cinta tu. May be masa I tgh beli susu kat accross the road kut. Masa drive balik tu baru perasan ada surat terselit kat wiper. Slalu tak de problem pun parking depan gerai buah tu. Bulan posa kut..Diorang cari duit raya. Tak pasal2 je..spent RM60, Kena denda RM 50! ( Ye ke? Or more?Kesalahan parking..) Huwaa...dah mahal jadinya susu & the fruits. Dah le now ni mmg harga buah2an tgh mahal..Tapikan..Tak pe. Ada orang tu dipaksa volunteer nak bayar saman tu..Haha..
 Esok nak ke KL. Ni temankan Hubby le. Nak kena settlekan 2 benda kat 2 tempat. Hopefully sempat. Tu pun terpaksa cancel ke 3rd place. On the way back tu nak singgah rumah BIL kat Sekinchan. Since dia tak balik kg raya nanti, blh le jumpa siap2.
 For Iftar tadi I nak menghabiskan stok dlm fridge, I wat le nasi daging, sambal goreng tempe & cucur jagung. Hubby pn beli pulak murtabak & cendol kat bazar ramadhan. First time buat sambal tempe tu. Dah ada orang jawa dlm rumah ni teringin nak makan tempe..:D Selalu I goreng je kat dia. Hehe..Dasar isteri pemalas! Tadi saje je nak buat sambal. Resepi campak je. Tapi boleh refer kat sini.

Sambal Goreng Tempe


Nasi Daging
Source: Here


Bahan-bahan ( 5 orang )

1 kilo beras Basmathi
1/2 kilo daging
1 bungkus rempah sup bunjut Adabi
1 sudu besar rempah kurma
1 inci halia
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
Sedikit mentega/ minyak sapi ( I guna olive oil )
1/2 cawan tomato soup
1 cawan susu cair
sedikit garam

Cara-cara
1.Rebus daging bersama rempah sup bunjut Adabi, rempah kurma dan sedikit garam.
2.Pastikan daging empuk. Simpan air rebusan daging untuk masak nasinya.
3.Basuh beras dan toskan.
4.Tumis halia, kulit kayu manis dan buah pelaga didalam periuk nasi hingga naik bau.
5.Masukkan beras dan kacau sekejap.
6.Masukkan air rebusan daging. Kalau beras (disukat) satu mangkuk pastikan air rebusan juga satu mangkuk.
7.Bila beras sudah agak kembang, masukkan tomato soup dan susu cair. Kacau dan biarkan nasi masak. 8.Hidangkan Nasi daging dengan air asam (tomato, bawang besar, hirisan cili merah, air asam pekat, perahan limau kasturi, sedikit belacan, garam dan gula sesedap rasa) dan daging yang telah direbus tadi.
 
Note: I masak dalam rice cooker je sekali dengan daging. Daging lagi empuk. Senang kerja.

Monday, August 16, 2010

Penang-Johor-Kedah

 Hari ni dah hari ke6 berpuasa. Wah..within this 6 days I dah berbuka kat Batu Pahat, Penang & Jitra. 2-2 kg dah balik. Lepas balik je dari Johor petang khamis lepas, Mak called early Friday morning. Bagi hint suruh balik kg. Hubby yang jawab phone tu mcm blur je yang mak bg hint suruh blk kg. Dia cakap nak balik next week. Bila sedar dari mamai dia, baru dia tau mak suruh balik kg le tu.

The princesses keletihan otw balik Johor. Baby tido sampai ternganga...Punya le berat 2 org tu menempel kat dia..:D


So, ptg tu siap balik Jitra pulak. Penat weh..Tp berbaloi balik. Ceriakan hati parents & at the same time makan sedap2! Penuh meja. Friday Ila & family pun balik kg gak.. Penuh le meja with our favourites eg Otak masak lemak lada, Perut cicah, sup ekor, ikan tiga rasa etc. Pendek kata, masak lembu tu dari kepala ke ekor lah..hikhik..The next day kak & family pun balik untuk berbuka sama2. Meriah betul..

Puding Pelangi ( Yang ni I wat bawak balik Jitra )


Menu berbuka kat Jitra


Otak Masak Lemak Lada & Ikan Tiga Rasa



Baby penat tunggu orang berbuka


 Last week mmg I byk cuti. Balik je keje hari ni, kena pinjam keta k.Jun lak. Hubby bawak 2-2 kunci kereta pegi keja. Tamak betoi! Nasib I tak kena menapak ke tempat keja. Kalau tak maunya mogok masak sebulan..haha..Ada spare key tapi kunci steering lock pun dia angkut ke tempat keja. Nasib I ingat lagi bwk keta manual ( K.Jun's car manual le pulak..).

Puding Pelangi
Source: here

Bahan-bahan :

10g serbuk agar2
650ml air
180gm gula pasir
60gm mentega
1 biji telur
½ tin susu cair
1 sudu makan tepung custard
1 sudu makan serbuk koko
1/2 sudu teh vanilla
pewarna merah dan kuning secukupnya (I guna warna hijau & kuning )
 
Cara-cara:
1.Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan
2.Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepung custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis
3.Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Tutup api. 4.Bahagikan adunan kpd 3 mangkuk (sama byk). Then bubuh koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 letak kuning dan merah.
5.Sengetkan loyang sedikit  i.e. biar satu hujung tu tinggi (lapik/alaskan utk tinggikan).
6.Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang/bekas (dihujung yg paling rendah tu ler), kemudian satu senduk makan adunan warna kuning dan last skali satu senduk adunan warna coklat. Ulang buat cam ni sampai semua adunan habis.
7.Bila dah siap, letakkan semula loyang/bekas ke kedudukan asalnya. Then, masukkan ke dalam peti sejuk.

Friday, July 30, 2010

Masak Lemak Siput

 Siput ni I think tak semua orang suka for various reasons; geli ( as in terbayang siput khinzir..:-D ), susah nak makan & pantang seafood. Tp I suka especially the sucking part. Hey, even the Frech pun suka apa..as in escargots.
 Mak kalau kitaorang balik & siput tu ada orang jual kat pasar suka masak lemak siput. But the one that we like is siput sungai / sawah. Tp kalau kat sawah tu dah disembur racun bertan-tan, orang pun tak hingin nak kutip jual. Kalau kutip siput time bulan mengambang ( ye kut..), Banyak le pulak anak2 dia. Kalau kunyah tu rangup le pulak coz terkunyah anak2 dia sekali..hehe..Yang ni I tak suka..
 So, baru2 ni masa kitaorang balik kg, mak masak le masak lemak siput. Mmg heavenly. We finished off the whole kilo in 1 go...Slurrpp.

Masak Lemak Siput
Source: Resepi Mak


 
Bahan:
1 kg siput sungai, dipotong hujung & dibersihkan
1 betik tua, sederhana. Potong kecil
1 bawang besar, hiris
2 cili merah, hiris
1 mangkuk santan
sedikit serbuk kunyit
garam / gula seccukup rasa

Cara:
1. Rebus 1 cawan santan & sedikit kunyit hingga mendidih.
2. Masukkan betik diikuti lebihan santan hingga betik empuk.
3. Masukkan siput diikuti bawang & cili.
4. Masak hingga mendidih. Masukkan garam & gula secukupnya & tutup api.

Friday, September 4, 2009

14 Ramadhan

We're halfway thru ramadhan. Dah habis baca quran? Normally, by this time I'd have finished 14 juzuk. But since mc 1 week, I only managed to finish a few juzuk. We have a few qurans at home. But, I only like the majid version ( or is it karim? ) Confuse la pulak! I like the one which has complete baris. The previous years memang boleh khatam quran during ramadhan as I tried to make it a point to khatam quran for each pregnancy. Orang kata elok for babies untuk dengar bacaan quran since dalam kandungan lagi. Insyaallah jadi anak soleh / solehah. Well, tu memang bergantung pada didikan gak..

A few weeks ago, Hubby bought a new quran from Ustaz Rosli. Almost everyone who attended his usrah bought this quran. Very nice. Quran terjemahan with each word being translated. Huraian ada kat sebelah. Kalau selalu baca, boleh tau meaning of all the words. Now, quran ni le I dok baca..

Nice cover with nice layout



A couple days ago ntah mimpi apa ntah terajin nak masak lebih sikit. Masuk dapur from 5pm. ( Normally after 6pm baru I start masak!hehe.. ). So, dapat la a few dishes. Tapi yang dah selalu masak I tak amik gambar pun.. Tengok dapur Shidah nampak lak resepi pengat pisang. I ate that version before at Sumai's housewarming party. His sister made it. Sedap pulak. Bila nampak resepi Shidah terus rasa nak cuba since ada le a few pisang emas yang ranum & it's sooo simple to make. Thanks Shidah for the recipe. Tapi I adjusted a bit. Then ada lak extra spagheti from mee udang the previous day. I decided to make mee goreng for the princesses. Buat tak pedas. Langsung diaorang tanak makan bila tengok mee goreng. They requested pasta! ( of course with creamy white sauce..). Mama tak kuasa nak masak dah, since masa tu dah berbuka pun..
For lauk I made gulai ayam rebung. The rebung madu was given by mak. Memang sedap (angkat bakul le pulak hehe...) Siap masuk kerisik ( buat sendiri tau..) lagi..
Pengat Pisang Caramel


Bahan:
4 biji pisang
3/4 tin susu cair
2 tbs susu pekat manis
1/2 cwn air
2 helai pandan, simpul
sedikit minyak

Cara:
1. Goreng pisang dengan sedikit minyak sampai keperangan. Angkat.
2. Masak susu cair, susu pekat, air, pandan sehingga mendidih.
3. Masukkan pisang. Masak seketika. Tutup api.

Mee Goreng


Gulai Ayam Rebung

Bahan:
1/2 ekor ayam, potong kecil
10 ketul rebung
2 tbs rempah kari ayam
1 bwg besar
2 bwg putih
1 inci halia
750ml santan
2 tbs kerisik
Sedikit minyak
garam & gula
Bahan tumis: kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih

Cara:
1. Tumis bahan tumis dalam sedikit minyak hingga naik bau.
2. Kisar bawang besar, bawang putih, halia. Tumis hingga garing.
3. Masukkan rempah ( + sedikit air). Tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan ayam dan santan. Masak hingga mendidih & ayam empuk. Tambah garam & gula secukup rasa
5. Campurkan rebung diikuti kerisik. Masak sebati.

The princesses lepas solat maghrib..Sambil posing atas sejadah lagi.. Baby muka moyok coz tengah tahan mengantuk! Cranky giler..haha.. Mama tak bagi tidur time maghrib, nanti dia berjaga tengah malam time orang nak tido.

Tuesday, September 1, 2009

Merdeka

Selamat Menyambut Merdeka to all Malaysians. We should be thankful that we live in a peaceful country & we should be grateful to our forefathers for this freedom.

Our merdeka day was spent balik kampung. Since it was a long weekend, all my siblings took the opportunity to have iftar together. ( Except for Abang Nordin of course, who's in Beijing for the past 2 years). Since everyone was home, Mak beriya masak. We started cooking since 2p.m. It was early by my standard coz I normally started cooking after 6pm...hehe..So after beriya masak our favourite dishes, she managed to come up with 14 dishes!! Tu belum campur kuih-muih. Kuih-muih beli je.. Tapi yang laku betul 'kerabu perut & mangga' & ' masak lemak siput & betik'. Licin...

Petang tu the fathers buat gotong-royong mengecat rumah Mak Ayah. Nasib hujan dah stop. Asyik hujan je... Alysa & Adik were so excited tengok orang mengecat that they missed their afternoon nap. Time orang berbuka, Adik tertidur sambil duduk! The next day dia tertidur sambil berdiri pulak..Puas pujuk suruh tido tanak, time orang berbuka dia yang ngantuk..

Adik...


Menu on Merdeka eve



Menu on Merdeka Day


Balik rumah, we felt that we ate too much rice during the weekend. So, hubby rasa nak makan mee ( @ spaghetti ). We decided on Mee Udang. After tercari-cari resepi mee udang yang simple & easy, I modified 1 or 2 recipes. Jadi le Mee Udang my version. Kena le for for our tastes. Kalau orang lain tak tau le..

Mee Udang


Bahan-bahan ( 3 - 4 orang)

Mee ( I used vermicelli pasta)

25ogm udang

2 keping dada ayam, potong nipis

1 sb sos cili

3 sb sos tomato

1 kiub stok ayam

* 4 cili kering

* 1/2 bawang besar

* 2 ulas bawang putih

* 1 inci halia

* 1 sb udang kering

2 biji kentang, rebus & lenyek

air secukupnya

garam & gula

minyak

2 biji telur

Bahan hiasan

tomato, hiris nipis

taugeh, celur

bawang goreng

Cara:

1. Kisar bahan bertanda *

2. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau & garing.

3. Masuk ayam & udang. Kacau rata.

4. Masukkan air secukupnya. Masukkan sos cili & sos tomato diikuti stok ayam.

5. Biarkan kuah mendidih. Masukkan garam & gula. Masukkan kentang lenyek.

6. Bila kuah masak, pecahkan telur satu persatu. Biarkan seketika. Tutup api.

7. Hidangkan mee dalam mangkuk. Tuang kuah. Taburkan bahan hiasan.