Pages

Friday, July 30, 2010

Masak Lemak Siput

 Siput ni I think tak semua orang suka for various reasons; geli ( as in terbayang siput khinzir..:-D ), susah nak makan & pantang seafood. Tp I suka especially the sucking part. Hey, even the Frech pun suka apa..as in escargots.
 Mak kalau kitaorang balik & siput tu ada orang jual kat pasar suka masak lemak siput. But the one that we like is siput sungai / sawah. Tp kalau kat sawah tu dah disembur racun bertan-tan, orang pun tak hingin nak kutip jual. Kalau kutip siput time bulan mengambang ( ye kut..), Banyak le pulak anak2 dia. Kalau kunyah tu rangup le pulak coz terkunyah anak2 dia sekali..hehe..Yang ni I tak suka..
 So, baru2 ni masa kitaorang balik kg, mak masak le masak lemak siput. Mmg heavenly. We finished off the whole kilo in 1 go...Slurrpp.

Masak Lemak Siput
Source: Resepi Mak


 
Bahan:
1 kg siput sungai, dipotong hujung & dibersihkan
1 betik tua, sederhana. Potong kecil
1 bawang besar, hiris
2 cili merah, hiris
1 mangkuk santan
sedikit serbuk kunyit
garam / gula seccukup rasa

Cara:
1. Rebus 1 cawan santan & sedikit kunyit hingga mendidih.
2. Masukkan betik diikuti lebihan santan hingga betik empuk.
3. Masukkan siput diikuti bawang & cili.
4. Masak hingga mendidih. Masukkan garam & gula secukupnya & tutup api.

Thursday, July 29, 2010

Biskut Raya

Tadi I had my antenatal check-up. Punya le excited nak tau whether it's a boy or girl..Yelah..Dah masuk 5th month. But, Baby decided to play peekaboo. Dia tayang bum je.:-) Nak wat surprise le pulak. So, had to wait for the next check-up, kut2 dia nak posing ke depan lak.hehe..
 Meanwhile, I had a mood to make cookies last nite. Puasa is still 2 weeks away. Beriya je nak wat cookies. Tup2 bulan puasa nanti malas pulak, biskut tunjuk je lah. Dok belek-belek magazine kat rumah mak, teringin lak nak wat " Biskut Aneka Syawal". Simple & ingredients pun sume ada. Turned out okay. Adik  & Baby Adalia love them.

Biskut Aneka Syawal
Source: majalah NONA



Bahan-bahan:
90gm mentega
60gm gula
1 biji kuning telur
30gm tepung kastard
170gm tepung gandum
100gm kacang macademia ( I guna 75gm almond slices )
100gm cornflakes ( I guna 50gm je )

Cara:
1. Pukul mentega & gula hingga kembang. Masukkan telur diikuti bahan-bahan kering. Gaul sebati.
2. Bentukkan menjadi bentuk pilihan.
3. Susun dalam loyang bergris.
4. Bakar selama 20 minit pada suhu 180C.

Wednesday, July 28, 2010

Dasyatnya Doa Seorang Ibu

I would like to share this article forwarded by my friend. I like...Semoga menjadi renungan bersama.

Assalamualaikum Semua,

Ini adalah sedutan dari ceramah oleh Al Ustaz Abdullah Mahmud dari unit KAGAT ATM.yg bertajuk,”Dahsyatnya doa seorang ibu "

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu

1. Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik.

2. Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah.

3. Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.

4. Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.

5. Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka
* Melihat kaabah sehingga menitis air mata
* Membaca quran sehingga menitis air mata
* Memandang wajah ibu yg sedang tidur / sedar hingga berlinang air mata

6. 3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur!
* Anak
* Ibu
* Suami

Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisihan faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk laa muka bila dia tidor kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah.

7. Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira tak menangis teruk laa..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu.

8. Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu.

9. Kalau ada niat yang baik teruskan laa..Allah akan bersama, jangan takut

10. Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai .

11. Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakkan ibu kita di tempat yang terbaik .

12. Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal” :

a. “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini"

b. Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal- hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita

c. Tapi geng kalau sedekah RM1 takkan nak tuntutkan :-)

13. Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah

a. Kalau ditimpa sakit, baca laa "Innalillahiwainnail laihirojjiun," ,, then cakap dengan Allah

* “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini”

* “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini”

14. Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukan.

a. Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

15. Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita telah tiada!

a. Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup

* Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kawinkan” atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..” Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana .

16. Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam next time .

17. Tanda- tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan sedekah.

18. Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..

19. Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg dan takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!

20. Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan! ! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana .

21. Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah

22. Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak- anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

23. Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita.

24. Selalu Bergaduh Dengan Ibu

I. Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka

a.  Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar

b. Saka dipindahkan melalui Kasih sayang/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan

c. Symptom dah terkena saka

i) Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena

ii) Bila dah peringkat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar

iii) Susah nak dapat anak, senang gugur
iv) Ada rasa kelibat orang lalu
v) Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam

d. Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan

e. Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim dan cancer tulang.

f. 3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia. Kalau dapat ni pi laa perawatan cara islam jugak.

25. Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan

26. Kalau ada penyakit was- was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari

27. Anak Lari Dari Rumah
a. Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari
b. Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya.

28. Anak Degil
a. Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
b. Ni seram sket masa nak buat hehehe..mula2 je lepas tu ok..e.g. Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia .You can ask anything! Nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.

Monday, July 26, 2010

Akad Nikah on Friday 23rd July

Last Friday, my eldest niece, Izatul got married.  Tahniah to Izatul & Amin. This is just the akad nikah ceremony. The actual wedding will be held sometime after Raya Puasa. So, it was just a simple ceremony. Kak catered for 200 people but more turned up. It was held at Mak's place.
 Untuk tak nak bagi kelam kabut, invitations untuk ladies before Jumaat prayer. Then lepas jumaat prayer untuk tetamu lelaki. Then ada bacaan Yaasin untuk semua. Pukul 4pm akad nikah kat Masjid Malau. Lepas je akad nikah, solat Asar lepas tu rombongan pengantin lelaki ke rumah Mak untuk jamuan.
 The akad nikah was smooth sailing. Abang yang akad nikahkan his eldest daughter sendiri. Since menantu pun ustaz, laju je akad nikah tu... Sampaikan ada yang joke macam tak sabar je nak lepaskan anak..:D
 For lunch tu kak & abang tempah nasi jagung, ayam masak merah, daging masak hitam, acar, fruit & bubur gandum. Since nasi tu memang sedap, ada ramai le yang had second serving during lunch & after baca Yaasin. Nasib ada tempah Laksa Kedah gak. Kalau tak, rasanya lauk mmg tak cukup coz ramai yang datang..:-) For tea lak, ramai yang contribute kuih muih. So, food mmg variety lah.
 I made 2 cakes; chocolate cake for guests & Oreo Cheesecake intended for the newlyweds. Yang buatkan I frust tu, Ciskek tu simpan kat fridge rumah tok. Since tuan rumah tak de, ( Mak & kak ke masjid untuk akad nikah ), so ada le yang memandai jadi tuan rumah. Balik je dari masjid, I pun sibuk le nak hiaskan ciskek tu with peaches & oreo. Tup2 my aunty cakap ' ni kek u buat ke? Nak rasa boleh?' Tengok2 kek I sudah dipotong macam potong bengkang! Huwaa..Frust betul diorang treated ciskek tu cam tu. ( Padahal I covered the whole cake with aluminium foil. ) Lepas tu orang yang potong kek tu siap kata, tak pelah jadi kenduri gak. Memang lah nak buat kenduri pun.. But I wanted it to be decorated nicely. Tension betul. Dah tak terkata apa dah.. But the funny thing was, orang tu yang siap merajuk sampai esok pagi. Kalau ikutnya, I le yang kena merajuk lebih2. Tapi I bebel masa tu je.. But both of my cakes habis kejap je..The kids loved the choc cake. The adults liked the oreo cheesecake.

Selamat Pengantin Baru Izatul & Amin

Berdebar-debar sebelum dinikahkan..Smile..
Dinikahkan bapa mertua




 
   

Wednesday, July 21, 2010

Balik Kampung & Shopping Raya

 Weekend lepas balik Jitra since lama gak tak balik. So, sempatlah makan cempedak goreng, from pokok Ayah yang sedang berbuah. Hubby pun sempat panjat pokok dokong yang tengah lebat berbuah. Then dia pegi beli durian..so, we had pulut durian too. The durians were really yummy.
 Cempedak tu I tak berani makan banyak coz takut kembung. But we had the cempedak goreng after we had our late lunch. Punya le kekenyangan. Dah le ada masakan favourite I, like limpa goreng kicap, sup tulang, & gulai rebung. Lauk lain banyak lagi tp I concentrate 3 ni je.. So, lepas makan nasi & cempedak goreng tu dah so full. Dah max betul! Malam tu lepas maghrib pegi rumah kak dah tak larat nak makan food yang dia hidang. Cuma rasa kuih akar kayu & sesuap laksa.
 Lepas balik from Jitra Ahad malam tu, terus pack barang2 nak ke KL the next day. Bertolak lambat sikit on Monday coz had to do some errands. Masa tu le jugak contractor yang nak renovate rumah chose to come over. Nak ukur apa2 yang patut. We all bertolak ke KL dah after 11 am. Sampai KL ard 2.30pm. Lepas hantar barang kat IMR terus ke hotel.
 Lepas check-in & solat, actually I was dead tired coz malam sebelum tu tido dah nearly 2am. Tapi semangat nak shopping baju raya berkobar2, pegi le gak. Since our hotel dekat je dengan jln masjid India & TAR, kitaorang jalan je. Nasib tak bawak the princesses. Again kena tinggal dgn Cik Jun. So, senang le nak jalan. Pusing punya pusing, at last berjumpa gak kain nak buat baju raya for me & the princesses. Kena cari kain ela coz nak bagi sedondon like the previous years. Tema this year orange tp yang beli tu ada le ala2 orange albeit sikit je. Selesai bab cari baju kurung. Punya le mencari from KL ( previous visit ), to Penang, & to Kedah. At last bertemu jodoh di KL..:-)
 Esok tu ke myIPO. Nasib dah selesaikan borang siap2. So, urusan siap before 12.30pm. Lepas keluar from Dayabumi, tersesat masuk jalan mana ntah. Tup2 nampak entrance The Gardens. Terus melencong ke situ. Had lunch there. Then, Hubby did some shopping at Robinsons. I mencari2 gak baju..Tapi baju2 yang ada tu sumenya kalau I beli, next year baru boleh pakai..:-( Tak jumpa lak maternity section. So, nothing for me except some foodstuff kat Cold Storage.
 Lepas shopping tu, terus ke rumah Shidah. Punya le lama tak jumpa..Dah berbelas tahun. Tak kesampaian le hajat dia nak benih pokok lemuni coz I though she was still in Terengganu bila I bertolak from Penang. Tapi I dapat manggis Terengganu which the princesses love so much. Thanks Shidah. Masa kebetulan kat rumah Shidah, Lily pun datang gak. Lily ni pun the last time I jumpa masa kat AUSMAT gak. Berbelas tahun gak tu. Best jumpa kawan2 lama ni..nothing changes except makin comel..;-) Lupa lak nak buat photo session..

The princesses yang kena tinggal