Pages

Saturday, July 27, 2013

Chicken Cordon Bleu

My princesses never like chicken breast or any healthy parts. Normally they would choose chicken wings or drumsticks. Jenuh le I nak menghabiskan sorang-sorang. Now, I've found a way to make them eat chicken breast. They even raved about the dish..:-) Habis licin..

I made Chicken Cordon Bleu for iftar recently. I've made a few adjustments to suit what was in my kitchen.

Chicken Cordon Bleu
Source: Here


Ingredients 
6 skinless, boneless chicken breast halves
6 slices Swiss cheese - I used cheddar cheese slices
6 slices ham - I used smoked lamb slices
3 tablespoons all-purpose flour - I used tepung serbaguna Adabi
1 teaspoon paprika - i omitted this
6 tablespoons butter
1/2 cup dry white wine - I used chicken stock
1 teaspoon chicken bouillon granules
1 tablespoon cornstarch
1 cup heavy whipping cream

Directions
1. Pound chicken breasts if they are too thick. Place a cheese and lamb slice on each breast within 1/2 inch of the edges. Fold the edges of the chicken over the filling, and secure with toothpicks. Coat the chicken pieces with Adabi all purpose flour.
2. Heat the butter in a large skillet over medium-high heat, and cook the chicken until browned on all sides. Add the chicken stock and bouillon. Reduce heat to low, cover, and simmer for 30 minutes, until chicken is no longer pink and juices run clear.
3. Remove the toothpicks, and transfer the breasts to a warm platter. Blend the cornstarch with the cream in a small bowl, and whisk slowly into the skillet. Cook, stirring until thickened, and pour over the chicken. Serve warm.

Friday, July 26, 2013

Cheezy Sausage Rolls

Untuk berbuka, selalunya I masak simple je. Mostly ikut selera the princesses. Alysa & Ayra je yang berpuasa. Bay belum lagi & tak kisah pun makan apa-apa. Kalau tak de yang kena dengan tekak dia, dia makan toasts with butter & peanut butter je. Ni le makanan ruji dia semenjak 2 menjak ni..

 Baru- baru ni nampak resepi simple dari blog k.inahar. Resepi asal dari k.ina KL. Terus cuba. Alysa & suka sangat. Adik as usual la tak rasa pun since dia tak makan anything to do with roti.

Cheezy Sausage Rolls


Bahan-bahan:
8 keping roti tawar (gardenia @ apa saja) - dibuang tepinya 
8 sosej ayam @ daging
1 biji telur - dipukul sedikit
sedikit serbuk lada sulah ( optional )
breadcrumbs @ nestum
minyak untuk menggoreng
sliced cheese
sedikit tepung gandum di campur dengan sedikit air untuk gam tepi roti takut terbukaklah pulak masa menggoreng. 

Cara-cara:
1. Gelek roti hingga nipis/leper.
2. Balut sosej dengan roti yg leper tadi.. pastukan masukkan slice cheese-( I gunakan 1/2 kepingan ajer)..pastu gulungkan kemas-kemas dan letakkan campuran tepung gandum tadi di penghabisan roti tadi.
3. Potong lebihan sosej yg lebih ditepi roti supaya nampak kemas
4. Masukan garam, serbuk lada sulah dalam telur. Celup gulungan roti tadi ke dalam telur.
5. Salut @ golek-golekkan roti yang dah dicelup dengan telur kedalam breadcrumb. (nestum)
6. Goreng gulungan roti tadi ke dalam minyak yg panas hingga kuning keemasan

7. Dah siap..enak dimakan bercicah cili sos campur mayonis ataupun makan camtu ajer.. 

Saturday, July 20, 2013

Umrah Tanpa Travel Agent

 Lepas first time buat umrah Februari lepas, hati terasa rindu sangat nak ke sana lagi ( Boleh tengok sini ). I'm sure everybody yang pernah ke sana felt the same way. I memang berdoa dapat ke sana lagi, kalau boleh every year nak ke sana..


Kitaorang selalu travel free & easy, cuma masa ke Medan & Bandung early of the year je yang menggunakan ground package. So, balik je dari umrah tu, terfikir nak pergi pulak without travel agent. Now, AirAsia pun dah ada direct flight ke Jeddah. Lagi lah senang.

Masa I baca experience orang yang pegi sendiri ni, I tertarik dengan satu perkongsian. Dia pergi bertujuh. The total cost was RM25K. Duduk pulak dekat Hilton yang hanya 20m dari Masjidilharam. So, kiranya sorang dalam RM3K++ je.

Alhamdulillah, last month we all dapat AA promo ticket ke Jeddah. Cuma RM700++ je sorang. Secara kebetulan, my sis Ila tergerak hati nak check AA ticket ke Jeddah. Tengok2 tgh promo. Terus we all booked untuk bulan December ni. Ni kiranya umrah musim sejuk la. Yang bestnya dapat dua tahun terus kat Makkah. Pegi December 2013, balik January 2014..:-)

Sesungguhnya DIA maha mendengar. Hari tu I ada bagitau kat Hubby, bestnya kalau dapat pegi bulan December coz ada ustaz yang pegi masa ni cakap tak ramai orang. Budak2 pun siap boleh main kat Hajar Aswad. Bila we all book tiket tu terus tekan bulan December coz tak tau pulak bulan lain pun ada promo. I shared with my friends about this promo. Ada yang booked bulan Feb & March 2014. So, memang rezeki we all dapat bulan December.

I ada berFB dengan Dewi from Sabah ( I jumpa through FB group. She's very helpful ) yang pegi without travel agent. Dah la first time. Dia kata Alhamdulillah. Allah permudahkan semua urusan dia. Tak susah pun macam sesetengah orang war-warkan... Dia duduk kat Zam Zam Pullman. Pihak hotel siap upgrade dia ke bilik Masjidilharam view walaupun dia cuma booked bilik biasa. Naik AA pun dapat premium seat lagi. Memang selesa. Habuan masing2..

Kitaorang tengah survey transport. The best deal so far, GMC RM1800 & van RM1500 per car including driver & mutawif. This is offered by a travel agent kat sini. Travel agent kat Makkah lagi mahal. Ada yang quote Toyota Prado SR4000. We are also waiting for the best deals untuk hotel yang berdekatan Masjidil Haram.

InshaaAllah kami akan pergi bertiga dengan MIL. Tapi di Makkah kami akan berenam dengan Ila. Kami akan ke Makkah dulu. Ila yang pergi awal 4 hari akan ke Madinah dulu & we all akan berjumpa di Makkah on the same day.

Ni antara checklist untuk yang nak pegi sendiri ni:
1) Book flight ticket
2) Visa- Kena mohon melalui TA berdaftar dengan Kerajaan Arab Saudi. Fee btw RM300-350.
3) Hotel - Book online je. Agoda.com or booking.com. Hotelscombined.com pun boleh compare the best rate.

4) Transport - Boleh survey dgn TA yang suits our needs i.e utk berapa orang.


Semoga Allah permudahkan urusan kami. Kalau ada sesiapa yang pernah pegi tanpa travel agent ni, sudilah berkongsi cerita. InshaaAllah, bila we all dah pergi cara macam ni, I'll share our experience. Moga-moga ramai lagi yang dapat pergi. Kalau ada duit lebih, siap boleh sponsor family members lagi..

Update:
Pengalaman saya boleh tengok kat sini.

Dapatkan buku "Travelog Umrah DIY" di sini:

Travelog Umrah DIY




Friday, July 19, 2013

Caramel Cheesecake

 Masa Father's Day hari tu tercari2 nak buat kek yang belum buat. Finally, I decided on Caramel Cheesecake. Resepi Yani myresipi with a few adjustments. Serious sedap. Even my family cakap sedap. Adik yang tak berapa suka cheesecake pun makan gak.

Caramel Cheesecake


Happy Father's Day Ayah, Papa & Abah..


Bahan-bahan ( 18cm )
Krim
250g cream cheese - suhu bilik
3 biji telur
1cwn(200ml) sour cream - ( I used plain yogurt )
1cwn(200ml) fresh cream
120g gula
2 sudu besar corn starch
beberapa titik vanila esen
I added 2 tbs condensed milk.
Lapisan bawah
100g biskut marie/ graham cracker
50g butter(cairkan)
Caramel
1/4 cwn(50ml) fresh milk
80g gula

Cara-cara
Masukkan biskut ke dalam beg plastik. Ketuk-ketuk dengan kayu pencanai sehingga hancur. Masukkan butter dan ramas sehingga jadi berketul
Masukkan biskut ke dalam loyang. Tekan padat-padat biskut tadi.
Sediakan karamel. Masakkan gula dengan 1 sudu besar air sehigga perang. Padamkan api. Kemudian masukkan fresh milk. Ketepikan
Pukul cream cheese sehingga jadi bentuk krim. Masukkan gula -> esen vanila -> sour cream -> telur -> corn starch -> fresh cream ikut turutan sambil dipukul. Pukul sehigga jadi bentuk krim.

Tuangkan krim ke dalam loyang. Letakkan karamel di atas cream tadi.

Bakar selama 30 minit pada suhu 200C dan turunkan suhu kepada 160C. Bakar lagi selama 30 minit. untuk mengelakkan hangus pada permukaan bolehlah letak aluminium foil selepas 30 minit pertama. Bakar secara double-boiler dgn meletakkan air suam di dalam dulang.

Note: I put the caramel after baking for 30 min. This way, caramel tak mendap ke dalam cake.