This year I sempat gak buat a few biskut raya. Actually, terpaksa buat sebab bahan2 dah beli. Kalau ikut mood Baby Airis mmg tak boleh buat seketul pun kuih raya. Ada sekali tu masa tengah buat Biskut denmark, siap dia duduk atas riba lagi. Tak boleh tinggal sorang2. Asyik nak melekat je. Now dia dah boleh merangkak, mmg le dia akan ikut je sendiri kalau tak angkat dia..
Alysa & Ayra rajin je nak menolong buat cookies. I let them help with Biskut Denmark & Biskut Nestum. Suka hati je dapat gentel kuih2 raya & dapat letak cherry..:-)
Chocolate Chip Cookies
Chocolate Chips Nut Cookies
Source: Here
Biskut Denmark
Source: Here
Biskut Badam Rangup
Source: Here
Biskut Nestum
Assistant Chefs
Chocolate Chip Cookies
Source: Nadia
Bahan-bahan ( 100 biji )
450g tepung gandum
1 biji telur
250g mentega
115g gula halus
110g gula perang
100g chocolate chips
3 sudu besar cocoa powder ( I lebihkan for more chocolatey taste. 5-6 sb )
250g gajus(panggang dan cincang halus) ( I used ard 200gm )
1 sudu kecil baking soda
Cara-cara
1. Pukul mentega dan gula sampai kembang
2. Masukkan telur dan pukul lagi
3. Masukkan tepung+baking soda yg telah diayak, sedikit demi sedikit dan juga chocolate chips dan kacau
4. Masukkan gajus dan kacau lagi
5. Buat bulat kecik-kecik dan tekan dengan garfu atau apa-apa bentuk yang disukai
6. Bakar dalam oven pada suhu 160C selama 15 minit
Note: Next time I'd reduce the sugars. A bit too sweet for me. The princessess love this cookies. Habis 2 balang diorang kerjakan. I had to make another batch but using K.Fida's recipe. Tapi doh terlembik kut coz it turned out a bit flat.
Biskut Nestum Simple
Source: Kak Besah
Bahan-bahan
250g butter
1 cawan gula (130g)
2 biji kuning telur
2 cawan nestum keluarga dgn madu (yg biasa pun bleh)
3 cawan rata tepung gandum (300g)& 1 sudu teh baking powder - diayak
lebihan nestum & ceri utk hiasan
Cara-cara
1. Putar butter dan gula hingga kembang. Campurkan telur satu persatu sambil diputar 15 saat.
2. Campurkan tepung berselang seli dgn nestum. sambil diuli perlahan hingga mnjadi satu doh yg lembut. Berhenti menambah tepung jika doh sudah elok lembut. (biar ia nmpak lembik skit, coz kejap lagi ia akn mengeras)
3. Ambil sedikit adunan, bulatkan sebesar ibu jari, leperkan sedikit, lalu ditekan ke atas lebihan nestum. susun atas dulang yg dah disapu butter/majerin.
4. Hias dengan ceri.
5. Bakar pada suhu 180C selama 20-30min.
Note: Next time, I'd reduce the sugar. Too sweet..but nice.
NASI DAGING UTARA
-
Assalamualaikum.. Hari ni kita baru sempat nak updet menu istimewa sempena
besday Anakanda Sri & Adam yg dimasak baru-baru ni. Pestaim kita masak Nasi
...
1 month ago
No comments:
Post a Comment