Tahun ni I sempat buat 4 cookies. Selalunya masa previous years, mula2 tu berkobar2 nak buat kuih raya, dah akhir ramadhan jadi malas le pulak. Adik's favourite are Biskut Badam Rangup & Choc Chip Cookies. Alysa & Baby makan tapi tak beriya2. For each type, dapat le 2 balang each. So, boleh bagi kat mak & MIL.
Biskut Bunga Cina
Source: here
Biskut Suji Salju
Source: CMG
Chocolate Chip Cookies
Source: Kak Fida @ myresipi
Bahan-bahan ( lebih kurang 100 kpg )
• 190 g mentega- lembut
• 45 g gula perang
• 80 g gula kastor/icing
• 220 g tepung gandum
• 1/2 sk rata baking soda
• 1 sk serbuk koko(lebihkan jika suka utk mendapatkan cookie yang gelap)
• 1/2 sk esen vanilla
• 170 g choc chip
• 170 g badam cincang kasar- di panggang
• 1 biji telur -yg sedang
Cara-cara
1. Tepung, baking soda, koko di ayak bersama.
2. Mentega, gula icing, gula perang di gaul rata.
3. Masukkan telur dan esen dan digaul lagi hingga sebati.
4. Masukkan pula campuran tepung,gaul diikuti dgn choc chip dan badam cincang dan di gaul hingga rata dan sebati.
5. Susun doh sesudu2 di atas loyang pembakar dan bakar hingga garing mengikut suhu kepanasan oven masing2
NASI DAGING UTARA
-
Assalamualaikum.. Hari ni kita baru sempat nak updet menu istimewa sempena
besday Anakanda Sri & Adam yg dimasak baru-baru ni. Pestaim kita masak Nasi
...
2 months ago
No comments:
Post a Comment