Driver kami untuk ziarah Makkah adalah Sultan. Baik betul dia ni. Di jamrah, dia siap minta permission dari guard untuk kami masuk ke jamrah Kubra. Kat dalam jamrah ni hanya kami berenam je, tapi alunan al-quran kedengaran berkumandang kuat melalui loudspeaker.
Jamrah
Di Jabal Nour, kami dibawa ke kaki gunung. Tinggal nak panjat je..:p Tapi, tak panjat pun.. Puashati la jugak sebab the last time i was here, I could only see from afar. To be exact, across the road.
With my beloved sis, Ila
Di Jabal Rahmah, kami memanjat hingga ke puncak. Ada orang tu yang sakit lutut tu pun boleh pulak panjat. Jangan doa yang bukan-bukan dah lah..;-) The last time I panjat separuh je dengan my nephew Ismadi. Ni kes tersilap jalan sebab konon2nya tak nak berebut dengan orang. Hubby langsung tak teringin nak panjat masa tu. This time dia panjat mungkin semangat sebab ada biras dia kut..haha.. Ibu2 mertua hanya tengok kami panjat dari dalam kereta je..
Beras kamceng..:p
Jabal Rahmah
Then, Syukur requested kat Sultan nak beli air zam zam. Tak sangka pulak dia nak bawak kami ke Zam Zam Distribution Centre. Murahnya.. Sebotol SR5 je.. Siap ada office untuk pos lagi. Tapi masa kami pegi tu tutup pulak office tu. Sultan dengan baikhatinya tolong kami belikan zam zam. Kalau tak, mungkin lambat le nak dapat. Pak2 Arab ni kan utamakan bangsa dia dulu..
Zam Zam Distribution Centre
Office untuk tujuan postage
Dah penat berjalan, lapar la pulak. Sebelum tu miqat dulu kat Tan'eim. On the way balik Sultan bawak kami singgah di restoran berdekatan Tan'eim. Nasi mendy & roasted chicken. Serious sedap. Air asam dia pun best. Murah lak tu.. Kami makan 3 talam nasi mendy ayam ( 1 utk Sultan, kami share setalam 3 org ), lamb curry, vege & drinks baru SR40. Tapi tak ingat nama restoran tu..
Nasi Mendy Ayam yang paling marvellous..teringat ingat..Roti tu free ye. Kami tak sentuh pun sebab dah kekenyangan..
Ziarah kami lama gak. Dari pagi sampai asar. Selalunya kalau dengan pakej, bertolak pagi dan akan balik sebelum zohor...
8 comments:
Bestnya, kalau pakej, kita lalu je mina tu
selalu jamrah ni dibuka musim haji. rezeki u dpt masuk tgk ;)
Wahida,
Group kecik senang nak masuk situ..:-)
Ain,
Alhamdulillah. I pun tak sangka dapat masuk. Kami tak request pun kat Sultan tu..
Bestnyer zuera
Einn
Tuan rumah, mohon laluan sedikit untuk memasukkan perkara di bawah. Terima kasih tuan rumah.
UMRAH PERSENDIRIAN
Sememangnya ramai rakyat Malaysia yang berhajat menunaikan umrah cara persendirian atau umrah tidak mengikut pakej dari mana-mana travel agen. Mungkin faktor utama pemilihan UMRAH cara PERSENDIRIAN ini di sebabkan kos yang kurang dari kos mengikuti pakej TA di samping sedikit faktor lain.
Wujudnya group whatapps atas nama "Umrah Persendirian" yang saya upload pada 31 ogos 2014 telah mendapat sambutan yang sangat tak terduga. Dalam masa dua hari sahaja UP whatsapp tersebut telah mencapai tahap maksima bil ahlinya. "Umrah Persendirian G2" di tambah bagi menampung jumlah yang terus meningkat. Walau bagaimanapun G2 juga akan menghampiran jumlah maksima.
Ahli UP yang sedia ada akan mengadakan pertemuan tidak formal sambil bersantai di Lembah Klang pada 14 sept 2014. Pertemuan ini lebih kepada pertemuan pengenalan sahaja, mereka akan membawa bersama pasangan dan juga anak-anak.
Atas faktor jumlah mereka yang berminat dgn umrah persendirian samaada mereka merancang menunaikan umrah cara persendirian dalam masa terdekat atau sebagai persediaan ilmu tentang cara menunai umrah persendirian di masa akan datang, mereka terus menghantar email meminta menjadi member UP.
Bagi memenuhi jumlah permintaan yang bertambah, saya telah mewujudkan UMRAH PERSENDIRIAN dgn menggunakan “telegram” tetapi mengekalkan tujuan dan matlamatnya. Telegrem sememangnya tidak popular dan tidak mesra pengguna masa ini tetapi ia dapat menampung jumlah ahli sehingga 200 orang. Telegram akan di minati di masa akan dating, insyaallah.
Jika anda pembaca semua berminat menyertai "telegram ‘Umrah Persendirian’" group UP tersebut dengan syarat beragama Islam serta berumur 18 tahun ke atas bolehlah menghantar email menyatakan hajat itu kepada email : umrahsenang@gmail.com
Sekian terima kasih
Salam.. saya mohon pertolongan puan utk berikan nama driver/mutawif/apa2 yg related dengan pengangkutan /transportation di Mekah dan Madinah. Kami akan berangkat ke sana Inshaa Allah akhir bulan ni without TA. email saya : fazidamyusup@gmail.com. Terima kasih banyak2 .. semoga Allah murahkan rezki puan sekeluarga
assalamualaikum,
boleh pihak puan email saya info contact / ground agent, driver/ mutawif/ transport di makkah and madinah. email saya norariyanti82@gmail.com
yanty
Assalamualaikum,
Alhamdulillah. Atas inspirasi pembaca-pembaca blog ini, buku " Travelog Umrah DIY" berjaya diterbitkan. Untuk makluman lanjut sila ke:
http://mysweetprincesses.blogspot.my/2015/12/travelog-umrah-diy.html
@
www.facebook.com/TravelogUmrahDIY
Post a Comment