Pages

Wednesday, February 19, 2014

Umrah 2013 / 2014 - Taif

Taif sebenarnya tiada dalam itinerary kami untuk umrah kali ni. Idea ke Taif datang semasa kami dalam perjalanan untuk miqat di Taneim menaiki teksi. Kebetulan driver teksi dari Pakistan tu boleh cakap english. Saja survey harga ke Taif. Dia kata dia boleh ke Taif. Kami rasa rate ke Taif sangat reasonable.

Hajat hati juga nak menunaikan hasrat Mak ke Taif. Mak pergi umrah kali ni pun sebab dijanjikan Travel Agent yang dia ikut untuk ke Taif. Bila sampai di Makkah tengok2 tak de dalam itinerary mereka. By the way, Mak tak ikut kami untuk umrah diy ni sebab belum yakin dengan cara ni.hehe.. Now, she's convinced. Siap cakap nak ikut kami the next time kami pegi..;-)

Back to cerita Taif, selepas ziarah Makkah kami, kami tanya Sultan ( our driver ) boleh tak ke Taif & berapa rate. Tengok2 dia boleh bagi the same rate. Dia bawak innova. Teksi diver pakistan tu muat 4 orang je. So, memang better ambik Sultan ni. Lagi pun selalunya kat check points diorang tak kacau driver Arab ni.

Then, somebody told us that nak ke Taif tak boleh guna visa umrah. Visa umrah valid untuk ke Jeddah, Makkah & Madinah je. But when we asked Sultan about this, he said " la' musykil". No problemo la tu...:D

Taif tak de apa yang special sangat. Cuma sejukk je. Ala2 Cameron Highlands. Masa kami pegi hujan la pulak. So, we couldn't see much. Siap ada sessi belajar bahasa Arab dengan Sultan. Ada potential mutawif tu siap jotted down everything..hihi..

Sejukk



According to Sultan, Kalau tak hujan, dalam perjalanan ke Taif tu boleh nampak Makkah. Taif ni kan highlands. By the time we reached Taif & pusing2 pekan Taif yang kecik tu, kami dapat berita tak boleh turun dari Taif. Jalan ditutup sebab kabus tebal. Banyak accidents. Dah kami stranded kat Taif.

Ni le Sultan( berjubah putih ), our driver yang sangat best. Kereta dia kena langgar pun boleh senyum lagi..




Bila musim panas di Arab Saudi, ramai Arabs datang ke Taif untuk lari dari panas terik. Hari tu before kami pergi, pernah heboh turun salji kat Taif. Tapi bila kami sampai di situ dapatlah jugak tengok baby salji haha..Dah sejuk & berkabus sangat kan, habis bulu mata diselaputi kabus. Dah ala2 salji le pulak..



Dalam pukul 3pm jugaklah baru jalan keluar dari Taif dibuka. Sepanjang jalan balik tu banyak jumpa ladang unta & kebun sayur. Oh ye, kami pergi jalan lain, balik ikut jalan lain. Pergi sejam je. Balik jadi 2 jam.


Kami sempat jugak singgah pekena nasi unta. Rupa2 nya unta ni berlemak betul.. Setalam nasi unta SR40. Si Sultan ni malu dengan kami nak makan sorang2 setalam. Dia share dengan hubby..hehe..



Umrah 2013 /2014

Umrah kali ni memang ramai betul orang. Menurut sumber dari kedutaan Malaysia di Arab Saudi, baru sebulan visa umrah dibuka, lebih 30K rakyat Malaysia telah datang menunaikan umrah.

Masa ni tak ramai orang. Masa tengah tawaf macam boleh cium rukun yamani & sentuh hajar aswad. Sabar.. habis tawaf dah ramai orang..:-(


Tersangat padat dengan jemaah. Memang tak de chance nak solat sunat tawaf kat belakang Makam Ibrahim.


Since our hotel dekat dengan jambatan ke first floor masjidil haram, most of the time I prayed on the first floor. Sekali sekala ke basement.

First floor Masjidil Haram


Dulu lepas tawaf dapat solat di belakang Makam Ibrahim. Kali ni terpaksa solat nun di pinggir dataran tawaf menghala ke sai'e. At one time I terpaksa tawaf kat pinggir dataran tawaf kerana kesesakan jemaah. Kesian kat orang-orang tua yang ditolak dan dirempuh.

Alhamdulillah, dalam ramai jemaah, masih berpeluang masuk ke Hijir Ismail. Kali ni ada sekatan tali di tengah. Lelaki solat di sebelah kiri dan perempuan di sebelah kanan. InshaaAllah kalau berhajat masuk ke hateem, beratur je untuk masuk.

I tried once untuk kucup hajar aswad. Tapi kerana rempuhan manusia, terpaksa berundur. Sempat usap dengan tangan je. Balik je sakit badan kena tolak. Tu pun hubby kawal dari belakang. Waktu ni dah ada ulat2 indon yang ambil upah untuk kucup hajar aswad. Siap ada wanita lagi.. So, be careful. Jangan ikut diorang kecuali bersedia membayar upah SR beratus bahkan beribu. I ni bila diorang tanya nak kucup tak? I jawap le " free nak la.." haha..

Bila teringin nak tengok imam, kami tunggu dia kat bawah jambatan kat pintu bilal right after solat. Dia akan lalu situ. Then baru jenazah-jenazah diusung. Ada le a few times I tunggu kat situ..:-)

Imam-imam Masjidil Haram dikawal ketat..



Jemaah berebut-rebut mengusung jenazah


Sa'ie telah dibuka kat tingkat 1 & 2. Tapi I lagi suka kat bawah sekali sebab boleh duduk kat bukit marwah selepas habis sai'e. Kalau ikut hubby dia suka kat first floor. Nak tolak wheelchair kat sini lagi sesuai sebab tak perlu naik bukit.

Ke Bukit Safa


Marwah - Tempat I dok berdoa lepas sai'e


First Floor Sa'ie yang lengang


I cuma ikut hubby & MIL sekali je tawaf kat mataf. For me feel dia lain sebab tak dapat tenung kaabah. Terlindung dek tembuk berlubang. Lampu hijau je penanda penjuru hajar aswad. Kat mataf ni memang lengang sebab dihadkan untuk jemaah yang guna wheelchair. Memang selesa tawaf sini eventhough jauh sikit. Tapi kita datang bukan untuk bersenang- lenang. Walaupun sesak di dataran tawaf, I lagi suka kat situ. Tawaf sendirian.. mengadu & berdoa kepadaNya.

Kali ni kami ke Taneim naik teksi je. SR50 per taxi. Kalau nak murah boleh naik bas saptco. SR2 je. Van SR5. Tapi kat Ibrahim Al Khalil Road. Since kami duduk area ajyad, jauh le nak ke sana.

Masjid Tan'eim yang tak berubah


Menginap di hotel yang sama dengan kami. Cuba teka sape? :-)


In Makkah I gathered with my loved ones. Mak, Ayah & Pak Kechik yang berlepas pada 29 Dec 2013 & My sis Ila & family yang bertolak pada 28 Dec. Happy sangat dapat bersama-sama menjadi tetamuNya. 

My beloved Mak. 2x berturut2 dapat bersama-sama Mak ke rumah Allah ini. Syukur dengan perancanganNya..


3 Mak bersama2 anak menantu.We were the lucky ones. Alhamdulillah..



Rindu ke sini lagi..


Sunday, February 16, 2014

Pengalaman Umrah Tanpa Agent - Ziarah Makkah

Kami berenam dibawa ziarah sekitar Makkah. Ni untuk memberikan pengalaman untuk MIL & Syukur yang kali pertama menunaikan umrah.

Driver kami untuk ziarah Makkah adalah Sultan. Baik betul dia ni. Di jamrah, dia siap minta permission dari guard untuk kami masuk ke jamrah Kubra. Kat dalam jamrah ni hanya kami berenam je, tapi alunan al-quran kedengaran berkumandang kuat melalui loudspeaker.

Jamrah





Di Jabal Nour, kami dibawa ke kaki gunung. Tinggal nak panjat je..:p Tapi, tak panjat pun.. Puashati la jugak sebab the last time i was here, I could only see from afar. To be exact, across the road.

With my beloved sis, Ila



Di Jabal Rahmah, kami memanjat hingga ke puncak. Ada orang tu yang sakit lutut tu pun boleh pulak panjat. Jangan doa yang bukan-bukan dah lah..;-) The last time I panjat separuh je dengan my nephew Ismadi. Ni kes tersilap jalan sebab konon2nya tak nak berebut dengan orang.  Hubby langsung tak teringin nak panjat masa tu. This time dia panjat mungkin semangat sebab ada biras dia kut..haha.. Ibu2 mertua hanya tengok kami panjat dari dalam kereta je..

Beras kamceng..:p


Jabal Rahmah


Then, Syukur requested kat Sultan nak beli air zam zam. Tak sangka pulak dia nak bawak kami ke Zam Zam Distribution Centre. Murahnya.. Sebotol SR5 je.. Siap ada office untuk pos lagi. Tapi masa kami pegi tu tutup pulak office tu. Sultan dengan baikhatinya tolong kami belikan zam zam. Kalau tak, mungkin lambat le nak dapat. Pak2 Arab ni kan utamakan bangsa dia dulu..

Zam Zam Distribution Centre


Office untuk tujuan postage





Dah penat berjalan, lapar la pulak. Sebelum tu miqat dulu kat Tan'eim. On the way balik Sultan bawak kami singgah di restoran berdekatan Tan'eim. Nasi mendy & roasted chicken. Serious sedap. Air asam dia pun best. Murah lak tu.. Kami makan 3 talam nasi mendy ayam ( 1 utk Sultan, kami share setalam 3 org ), lamb curry, vege & drinks baru SR40. Tapi tak ingat nama restoran tu..

Nasi Mendy Ayam yang paling marvellous..teringat ingat..Roti tu free ye. Kami tak sentuh pun sebab dah kekenyangan..


Ziarah kami lama gak. Dari pagi sampai asar. Selalunya kalau dengan pakej, bertolak pagi dan akan balik sebelum zohor...

Saturday, February 15, 2014

Pengalaman Umrah Tanpa Agent - Makkah

Perjalanan dari Jeddah ke Makkah mengambil masa lebihkurang sejam. Nasib le driver hanya tahu berbahasa Arab..So, no conversation..:D. Tapi bagus juga. Masa digunakan untuk memperbanyakkan talbiyah.

Sampai di Makkah kami pegi cari makan dulu lepas check-in. Tengah-tengah malam makan nasi mendy kat foodcourt di Safwah tower. 

Lepas makan terus ke masjidil haram untuk menyempurnakan umrah kami. Punya lah ramai jemaah semasa tawaf. Dek kerana kepenatan after a long day, I told hubby I nak buat sendiri umrah then terus nak balik hotel tidur. Hubby pula membantu MIL. I habis bertahalul at nearly 3am on 1/1/2014. What a good way to start new year! Hubby & MIL pulak habis lambat. So they waited until Subuh.

Masjidil Haram di waktu malam


We spent 9 days in Makkah. Memang puas dengan masa yang dihabiskan di sini. Tak terkejar2 like the last time. The last time I went for umrah, we only had 5 1/2 days in Makkah. Very rushing.

Kali ni Masjidil Haram was under massive renovation. Area sebelah hijir dah lopong. Dengan adanya mataf, pemandangan kaabah dari first floor was obstructed by the mataf. Full view of kaabah hanya boleh dilihat dari second floor mataf & di dataran tawaf. Tapi kali ni sa'ie dah boleh buat di first floor & second floor.

Pemandangan dari balcony


Second floor mataf for wheelchair only


First floor safa for sai'e


Makanan kat Makkah senang nak beli. Selalunya I jadi tukang beli..:-) Since MIL tak larat berjalan, most of the time we had our meals kat bilik. Kadang2 makan kat depan masjidil haram je. Our meals ranging from nasi mendy ( SR12 - SR17 ) per pack ( nasi & 1/4 chicken ) , kebab ( SR5 ), nasi putih & lauk pauk kat D'saji ( SR35 - SR40 utk 2 nasi & 3 lauk ) & Lasagne ( SR10). Kalau dah jemu makan nasi, makan chicken broast je ( fried chicken & fries ala2 kfc - SR12-15 ). Servings kat sini memang besar. Boleh share 2-3 orang except for kebab la..:-). Kalau rajin nak keluar, I belikan MIL food then hubby & I keluar makan kat luar. Flexible kan.. Selea MIL kurang kat sini. Kadang2 dia makan maggi je..

Tempat mencari makan kat bawah hilton ..


Lasagna Arab guna elbow pasta


We normally performed our umrah after dhuha or after asar. So,lepas isyak boleh la nak shopping. Tapi tak selalu jugak. This time hubby gile perfumes. Ni kes dia cari minyak wangi oudh yang dia beli dulu tak jumpa2 eventhough pegi kedai yang sama. Nak jugak minyak wangi tu..:-) So, we all asyik keluar masuk kedai minyak wangi. Sambil2 tu beli la jugak yang berkenan tu..hihi..

Perfume shop kat sebelah heritage souq.. huwaa masih tak jumpa oudh idaman hati..


Hendakkan sedikit kelainan, kami ke aziziyah district untuk shopping. Ni driver teksi dari Pakistan yang recommend Souq Salam. Tapi tak menarik pun kat sini. Then, ada pulak filipino student recommend Alaelah. Ambik teksi ke sini. Kat sini ala2 carrefour...Murah..Locals ramai shoppig kat sini. Ada jugak a few shopping complexes kat sini tapi kami tak sempat pegi.

Souq Salam



Alaelah Mall - I beli baking dish kat sini uolls..:-)


Wednesday, February 5, 2014

Pengalaman Umrah Tanpa Agent

Selepas post saya mengenai Umrah Tanpa Agent, ramai yang bertanya melalui blog ni, pm di facebook dan whatsaps tentang cara-cara yang kami buat. Kami bukannya expert tapi banyak bertanya dan survey untuk mendapatkan maklumat.

Through this journey I've made new friends yang sudi berkongsi cerita dan menolong kami. Thanks to Amy yang saya kenal di blog ni, tapi macam dah lama kenal walaupun belum bersua muka. Dia masih di Makkah semasa post ni ditulis.

Di Makkah saya bertemu Nisa buat pertama kali. Another great family that we've met di bumi barakah ini. Sanggup menjemput kami bermalam di rumah mereka di Jeddah sementara menunggu flight balik di awal pagi.

Nisa & Khairul sekeluarga


Di Madinah, we have met 2 young ambitious students of Universiti Islam Madinah. Another great authors in the making. Thank you Saleem & Shahril yang bawa kami makan2 dan tunjukkan tempat shopping...:-) Shopping tu..hehe.. Dalam kesibukan mengemas barang-barang nak berangkat ke Jordan keesokkan harinya, masih meluangkan masa untuk kami.

Bakal-bakal penulis hebat..


Menjamu selera dengan makanan Pakistan..


Terima kasih juga K.Eda & Dewi yang berkongsi pengalaman umrah DIY kalian.

Saya sangat berpuas hati dengan umrah kali ni. Dengan masa selama 14 hari di sana, banyak yang kami dapat buat. Bukan sahaja dari segi ibadah, tetapi nak explore kawasan sekitar. Dapat juga mencuba pelbagai makanan Arab. The best was nasi Arab kat restoran tidak jauh dari Masjid Tan'eim. Simply marvellous... Ish..teringat2 la pulak...hihi..

Hotel: Alhamdulillah, Allah makbulkan hajat saya. Kami dapat bilik Masjidil Haram view di Makkah dan Masjid Nabawi view di Madinah. Kami menginap di Nawazi Ajyad di Makkah  ( 180m dari masjid )  dan Elaf Taiba di Madinah ( 20m dari masjid ). Bilik- bilik ni kami book semasa promosi. Memang murah. Kami book lebihkurang sebulan sebelum berangkat. Kami book triple room. My tips: rajin-rajinlah jengah rate hotel. Jangan tunggu last minute baru nak book. Masa tu harga dah melambung & selalunya hotel dah penuh. Pastikan hotel dah bayar sebelum berangkat ke sana dan contact pihak hotel untuk confirmation. Kalau nak hotel yang dekat dan budget lebih di Masjidil Haram, eg: Safwah Royale Orchid, Makkah Clock Royal Tower, Zam Zam Pullman, Dar Al Eiman, Swissotel, Dar Al Ghufran, Rotana, Hajar Tower, Hilton, Dar Al Tawhid & Al Massa. Elaf Kinda pun dekat gak. Kat Madinah hotel kebanyakan dekat je dengan masjid.

Pemandangan dari bilik kami di Nawazi Ajyad. Masjidil Haram terlindung oleh istana. We could see massive construction here.



Pemandangan dari bilik kami di Elaf Taiba


Shelter ni ( Sokaifat Bani Saedah ) yang I plan nak cari sebelum pergi. Tengok2 kat bawah hotel kami je..


Visa: Visa application kami buat sebulan sebelum bertolak. Visa valid selama 30 hari. Tapi semasa kita sampai di jeddah, ada 14 hari visa extension dari tarikh kita sampai sekiranya visa expired sebelum kita balik. Visa fee mencanak naik harga. Kebanyakan agent caj between RM250-RM350. Tapi sekarang yang paling murah RM320 per person.

Transport pula kami book ford dari travel agent kat Malaysia sebab kami bertiga sahaja. RM2000 per car untuk airport transfer dari Jeddah- Makkah- Madinah termasuk sehari ziarah di Makkah dan sehari ziarah di Madinah. Ni harga baru selepas 1 Safar. Last year RM1600 je. My advice, kalau pegi group kecil, naik teksi lagi senang. Macam kes kami, kami diberi driver berbeza. Mostly kami diberi teksi je pun. Jenuh nak contact driver setiap kali nak ke mana-mana. Dah la driver semua hanya boleh berbahasa Arab. Ada TA offer RM2200 untuk coaster yang muat 20 orang. Kalau pegi 10 orang memang jimatlah kos transport & selesa.

The best driver is Sultan, driver untuk ziarah Makkah kami. Very helpful sampaikan kami book dia & his innova untuk pergi ke Ta'if. Sangat penyabar.. He was willing to go out of his way to fulfill our wishes. I memang recommendlah dia ni. Tapi dia hanya tahu berbahasa Arab. Kami ada sessi belajar bahasa arab dengan dia semasa perjalanan ke Ta'if..haha.. We communicate with him by sign languange, a bit arabic & a bit english. Kalau dia tak paham gak, tibai je bahasa Kedah..:D

Mutawif fee lain ye. Kami tak ambik mutawif sebab dah biasa pegi. Kalau nak juga mutawif, tanya kat agent yang arrange transport. Adik-adik student sana pun ramai yang boleh jadi mutawif.

Makanan di Makkah tak susah. Kat depan Masjidil Haram bawah Hilton Tower banyak kedai makan. Kalau tekak nak merasa makanan Malaysia, boleh ke felda d' saji di 1st floor Safwah tower. Kat Abraj Al Bait tu.. Kat Heritage Souq bawah Safwah Tower pun ada kedai-kedai makan. Makanan around Masjidilharam quite expensive compared to kat suburbs tapi servings makanan arab besar. Boleh share 3 orang. Kat Ibrahim Al khalil Road & King Abdul Aziz Road pun ada kedai makan. Di Madinah leceh sikit nak cari makan. Ada foodcourt kat belakang hotel Dar Al Taqwa. Across King Faisal road, ada kedai2 makan pakistan. Nasi briyani banyak le kat sini. So, I suggest untuk yang tekak yang tak nak explore makanan baru, bawaklah bekal makanan dalam tin atau sambal kering. Ada kawan bawak rice cooker lagi..;-) In our case, tak bawak apa2 bekal. Tengok2 MIL susah nak terima food sana.. Hubby & I lagi suka nak makan makanan arab. Dah nama pun ke tanah arab kan..Tak kan lah nak cari sambal belacan lak...hehe..

Shopping: Kat Makkah I suka ke heritage souq & souq sebelah dia menghala ke elaf kinda hotel. Cheaper..Kalau nak grocery shopping kat Bin Dawood je di Hilton tower & Safwah tower. Hari tu kami sempat shopping di area Aziziyah. Kami ke Souq Salam & Alaelah. Kat Alaelah tu ala-ala carrefour. Jubah lelaki & wanita banyak selections. I beli baking dish kat sini..:-) Locals ramai shopping kat sini. Kami ni pun ada student filipino yang suggest masa kami ke Souq Salam.
Kat Madinah I suka shopping kat Taiba & Al Majeedi Commercial Centres. Jubah2 memang rambang mata. Kedai kurma pun ada kat sini. Kurma2 elok beli di Madinah.

I hope i covered most topics. Details will be updated later..The total cost for our umrah this time was around RM8K for 3 people including flight tickets, hotels, transport & visa. Sorang dalam RM2K++. Murah kan..Alhamdulillah. Food I tak kira sebab we tried everything. Icecreams..yummy..Nasi unta..Tapi kalau include food pun around RM3K per person kut.

To travel agents who happened to read this post, think positive. Rezeki Allah itu luas. Don't worry, masih ramai jemaah yang nak guna khidmat anda. Jangan menakut2kan tetamu2 Allah yang nak cuba cara ni. ( I have encountered this before with travel agents..)

Untuk bakal- bakal tetamu Allah yang nak mencuba cara Umrah DIY ni, tak susah sebenarnya cara ni. You have the freedom to choose when to go, where to stay, what to eat & plan your itinerary. Most of all, tawakkal dengan Allah. Dia yang memilih kita. Redha dengan semua ketetapanNya. InshaaAllah diberi ganjaran terbaik dariNya.

To be continued..:-)

Dapatkan buku " Travelog Umrah DIY ".