Haiyin Electronic City
Hubby & I bukan kaki gadgets. Lepas tengok 1-2 kedai, kami ke seberang jalan untuk tengok2 kat plaza home decor. Harga mahal kat sini.So, we decided to go to onelink plaza. Tapi shopping pun terkejar2 sebab janji dengan Ila & Syukur nak jumpa kat masjid Saad Abi Waqqas untuk solat jumaat.
Lepas letak barang kat hotel, kami ambik subway ke masjid. Turun kat Yuexiu Park Station. Jalan sikit terus masuk entrance masjid. Mak Aii.. Banyaknya jualan makanan halal kat perkarangan masjid. Macam2 ada. Dah le tengah lapar. Kami alas perut dengan buns dulu. Lepas solat jumaat bila dah jumpa ila & syukur baru boleh makan. Sabar..
Saad Abi Waqqas Mosque
Tempat berwuduk. Nun jauh dekat entrance masjid. Jauh dari masjid. Sejukk..Pompuan pun berwuduk kat sini jugak.
I solat jumaat kat bangunan depan makam saad abi waqqas. Hubby solat kat dalam masjid. Kat sini, lepas azan zohor, ada tazkirah dulu. Lepas tu baru khutbah jumaat. Khutbah jumaat pendek je. Sepatah pun i tak faham..:-) Lepas jumaat I sempat ziarah makam saidina saad abi waqqas & sahabat.
Entrance ke Maqam Saad Abi Waqqas
Maqam Saad Abi Waqqas. Ramai yang duduk baca al-Quran. Yang menangis memeluk keranda pun ada. Mazhab apa ntah..
Then, masa yang ditunggu. Kalau ke Guangzhou pilih le hari jumaat untuk ke Masjid Saad Abi Waqqas. You won't be disappointed. Macam-macam ada nak makan. Sate kambing, roasted chicken & ducks, soups, mutton with rice dll which would make you drool.
Dah kenyang kami ke kids city. Ada orang tu rambang mata kat sini. Kami pun tumpang sekaki membeli..hehe.. Kena beli banyak baru dapat harga wholesale.
Kids City
Masa balik tu tengah peak hours. Petang after 5pm memang tengah peak. Punya la lama kena tunggu teksi. Tak mahal pun. Around 20 yuan je.
Malam tu lepas dinner hubby & I pegi river cruise. Ila & Syukur ke Beijing Lu cari barang yang tak habis lagi. River cruise tu dalam 2 jam. We were seated at a table & served refreshment. Dapat teh cina, crackers & jeruk. Kami duduk semeja dengan a chinese couple. Ada explanation in Mandarin yang I tak faham sepatah pun. Bila dah start cruise, kami naik upper deck kejap. Sejuk giler. I turun lepak kat bawah je. Cantik bangunan2 yang dihiasi lampu & bertukar colour every 5-10 min.
Pearl River