RM25
Travelog Umrah DIY : Merungkai Rindu.
Jeddah – Makkah – Ta’if – Madinah
Tempoh: 14 hari
Kos: RM2000++
Jarak hotel ke Masjidil Haram : 180m
Jarak hotel ke Masjid Nabawi: 50m
Subhanallah,
Alhamdulillah, Allahuakbar.
Terima kasih kepada pembaca-pembaca blog ini yang memberi inspirasi kepada penulisan buku ini. Akhirnya, buku ini berjaya dipasarkan. Semoga buku ini dapat memberi manfaat kepada bakal-bakal tetamu Allah.
Untuk tempahan:
Tel: 04-5758911
Sinopsis:
Rindu
bertamu.. Nekad untuk merungkai rindu berada di Baitullah dan Bumi Haramain,
kurang setahun selepas umrah ziarah kali pertama, dengan izin Allah penulis berada
di sini lagi. Tabarakallah.
Kali ini
pergi menunaikan umrah secara DIY tanpa menggunakan agensi pelancongan.
Berserah dan bertawakkal hanya padaNya.
Ikuti
pengalaman penulis selama 14 hari dan tip-tip menunaikan umrah secara
perancangan sendiri; dari tempahan tiket penerbangan, hotel, visa dan
pengangkutan.