Pages

Friday, March 7, 2014

Umrah 2013/2014 - Madinah

Assalamua Alayka by Maher Zain aptly describes my feeling when visiting Madinah. Bila dengar lagu ni je mesti rasa syahdu je..




Kami bertolak dari Makkah ke Madinah selepas zohor pada hari Khamis 9 Jan. So, buat tawaf wida' lepas breakfast. Pihak hotel Nawazi Ajyad pun baikhati je bagi kami late check out untuk solat zohor kat bilik dulu.

Monyet- monyet ni boleh duduk kat tempat kering kontang ni antara Makkah - Madinah


Kali ni dapat driver yang boleh cakap english. So, tak de lah boring perjalanan kami. I noticed Arab drivers ni, tasbih sentiasa ditangan. Diorang juga sangat hormatkan bacaan alQuran. Bila tengah pasang CD bacaan alQuran, when they needed to eat or drink, they would pause the recitation. Lepas makan & minum, baru buka balik bacaan AlQuran. Subhanallah..AlQuran kan bahasa diorang. Kalaulah kita boleh faham alQuran tu, may be we would do exactly that & better..

Sampai di Madinah dah masuk maghrib. Kami check in kat Hotel Elaf Taiba. Sangat dekat dengan masjid Nabawi. Fast & efficient check in. Lepas membersihkan diri, kami ke masjid Nabawi untuk solat isyak.

Masjid Nabawi dari Elaf Taiba



Kami berada di Madinah selama 4 hari 3 malam. Sempat ziarah Madinah. Tempat-tempat yang biasa pegi i.e Masjid Quba' & Bukit Uhud. Kali ni Hubby & I panjat bukit pemanah. Masa pegi dulu mutawif kami tak bagi panjat. Takut lambat kut.

Masjid Quba'


Atas Bukit Pemanah



Perkuburan Para Syuhada Uhud



Sehari sebelum balik, Hubby & I pusing2 Masjid Nabawi. I don't know why we did't have time for that when we were in Madinah the last time. Kali ni kami ke perkuburan Baqi'. Lama jugak stay kat sini.




Kami ke Sokaifat Bani Saedah yang I teringin sangat nak pegi on the last day. Rupa-rupanya kat bawah hotel kami je. Cantik & nyaman je dalam ni. I nak ke sini sebab sejarah dia.




Kami meninggalkan bumi Madinah pada Ahad 12 Jan. Hati sangat sebak selepas ziarah widak pagi Ahad tu. I pegi raudhah sorang pagi tu. Kalau tunggu ikut group Malaysia / Indon memang lambatlah. So, I menyelit dengan first group yang masuk raudhah. Of course la group Arab kan..Alhamdulillah, walaupun bersesak, yang penting dapat mengucapkan selamat tinggal di Makam kekasih Allah & dapat solat di raudhah..

Ya Allah, berikanlah kami ruang & peluang menjadi tetamuMu lagi..Aameen..

Dapatkan buku Travelog Umrah DIY