Pages

Thursday, August 2, 2018

Bey"s doodle

Semalam,  balik dari KAFA,  Bey bagitau ustazah suruh dia & zahra buat doodle untuk nama ustazah.  Dia buat masa KAFA. Mama tak sempatlah tengok hasil kerja Bey. So,  mama request 1 untuk mama.

Hari ni terhasillah 1 untuk mama.  Nice..


Friday, December 18, 2015

Travelog Umrah DIY



RM25

Travelog Umrah DIY : Merungkai Rindu.

Jeddah – Makkah – Ta’if – Madinah

Tempoh: 14 hari
Kos: RM2000++
Jarak hotel ke Masjidil Haram : 180m
Jarak hotel ke Masjid Nabawi: 50m

Subhanallah,  Alhamdulillah, Allahuakbar.

Terima kasih kepada pembaca-pembaca blog ini yang memberi inspirasi kepada penulisan buku ini. Akhirnya, buku ini berjaya dipasarkan. Semoga buku ini dapat memberi manfaat kepada bakal-bakal tetamu Allah.

Untuk tempahan:
Email: travelogumrahdiy@yahoo.com.
Tel: 04-5758911

Sinopsis:

Rindu bertamu.. Nekad untuk merungkai rindu berada di Baitullah dan Bumi Haramain, kurang setahun selepas umrah ziarah kali pertama, dengan izin Allah penulis berada di sini lagi. Tabarakallah.
Kali ini pergi menunaikan umrah secara DIY tanpa menggunakan agensi pelancongan. Berserah dan bertawakkal hanya padaNya.
Ikuti pengalaman penulis selama 14 hari dan tip-tip menunaikan umrah secara perancangan sendiri; dari tempahan tiket penerbangan, hotel, visa dan pengangkutan.

Dengan kos RM2000++ …


Jemput like Facebook page:
Travelog Umrah DIY

Friday, May 23, 2014

Cuti-Cuti Guangzhou : Part III

Hari ni kaki dah sakit..Banyak berjalan le tu..:-) Nasib pakai flat shoes je. Seawal pukul 8:30am kami dah ambik teksi ke Haiyin Square. 15 yuan je. Kat sini kiranya electronic & electric city. Awal betul diorang ajak shopping sampai kedai pun tak bukak lagi..hihi..Dah le sejuk..

Haiyin Electronic City



Hubby & I bukan kaki gadgets. Lepas tengok 1-2 kedai, kami ke seberang jalan untuk tengok2 kat plaza home decor. Harga mahal kat sini.So, we decided to go to onelink plaza. Tapi shopping pun terkejar2 sebab janji dengan Ila & Syukur nak jumpa kat masjid Saad Abi Waqqas untuk solat jumaat.

Lepas letak barang kat hotel, kami ambik subway ke masjid. Turun kat Yuexiu Park Station. Jalan sikit terus masuk entrance masjid. Mak Aii.. Banyaknya jualan makanan halal kat perkarangan masjid. Macam2 ada. Dah le tengah lapar. Kami alas perut dengan buns dulu. Lepas solat jumaat bila dah jumpa ila & syukur baru boleh makan. Sabar..

Saad Abi Waqqas Mosque


Tempat berwuduk. Nun jauh dekat entrance masjid. Jauh dari masjid. Sejukk..Pompuan pun berwuduk kat sini jugak.


I solat jumaat kat bangunan depan makam saad abi waqqas. Hubby solat kat dalam masjid. Kat sini, lepas azan zohor, ada tazkirah dulu. Lepas tu baru khutbah jumaat. Khutbah jumaat pendek je. Sepatah pun i tak faham..:-) Lepas jumaat I sempat ziarah makam saidina saad abi waqqas & sahabat.

Entrance ke Maqam Saad Abi Waqqas


Maqam Saad Abi Waqqas. Ramai yang duduk baca al-Quran. Yang menangis memeluk keranda pun ada. Mazhab apa ntah..

Then, masa yang ditunggu. Kalau ke Guangzhou pilih le hari jumaat untuk ke Masjid Saad Abi Waqqas. You won't be disappointed. Macam-macam ada nak makan. Sate kambing, roasted chicken & ducks, soups, mutton with rice dll which would make you drool.

 Pasar Jumaat di entrance Masjid Saad Abi Waqqas





Dah kenyang kami ke kids city. Ada orang tu rambang mata kat sini. Kami pun tumpang sekaki membeli..hehe.. Kena beli banyak baru dapat harga wholesale.

Kids City


Masa balik tu tengah peak hours. Petang after 5pm memang tengah peak. Punya la lama kena tunggu teksi. Tak mahal pun. Around 20 yuan je.

Malam tu lepas dinner hubby & I pegi river cruise. Ila & Syukur ke Beijing Lu cari barang yang tak habis lagi. River cruise tu dalam 2 jam. We were seated at a table & served refreshment. Dapat teh cina, crackers & jeruk. Kami duduk semeja dengan a chinese couple. Ada explanation in Mandarin yang I tak faham sepatah pun. Bila dah start cruise, kami naik upper deck kejap. Sejuk giler. I turun lepak kat bawah je. Cantik bangunan2 yang dihiasi lampu & bertukar colour every 5-10 min.

Pearl River




Friday, May 16, 2014

Cuti- Cuti Guangzhou : Part II

Our second day started at 9am. Kat Guangzhou, subuh habis pukul 6:38am. Sejukk..coz it was early spring. Hari ni kami plan ke Clothes Wholesale Market. Kami naik subway ke Guangzhou Railway Station. Ticket subway ni between 2-3 yuan je. Murah sesangat. Belakang Railway Station tu memang kawasan Clothes Market. The famous one is Baima Clothes Wholesale Market. Wholesale market buka dari 10m hingga 6pm.

Guangzhou Railway Station


Tunnel Wholesale Market pun meriah. Tapi kat area clothes wholesale market ni memang tak menarik perhatian kami. Mungkin tak kena dengan taste kami kut..Jalan-jalan sampai tengahari tak juga jumpa yang kami nak, kami lunch dulu kat Huanshi Lu. ( Note: Lu means Road ). Lepas tu pekena coffee kat Mc Cafe. Then, ambik teksi ke Leather Wholesale Market.

Tunnel Clothing Wholesale Market


Memula tu jalan-jalan kat Baiyun World Leather. Tak de lah murah sangat. Ke kami yang tak pandai tawar- menawar...:-) Design handbags pun I tak berapa berkenan. I noticed sellers kat sini macam indifferent. Tak macam kat Beijing. Diorang akan sedaya-upaya nak tarik pelanggan.So, we could bargain the best price.  Di Guangzhou ni sellers sini macam take it or leave it. Kalau kes macam ni camne nak dapat best price kan.. Penat kat sini, kami ke market seberang jalan. Kat sini okay sikit. Dapat le I beli handbag 1. I je tau..:D Nak beli banyak2 dah tak berkenan nak buat camne.

 Baiyun World Leather Trading Centre



Lepas solat jamak takhir zohor /asar di Masjid Saad Abi Waqaas, kami ambik subway nak ke Shangxiajiu Lu Pedestrian Street. Lepas turun kat Changshou Lu, kami redah je jalan. Tiba2 jumpa Baohou Lu. Memang happening street ni. Tapi tourists tak ramai. Memang locals shopping kat sini. Barang2 tak perlu nak tawar gile2. Sebab dah murah, kalau diorang nak bagi diskaun pun setakat 5-10 yuan je. Dari sini kami ke Dishipu Lu then baru ke xiajiu lu. Area ni memang happening. After 10pm jugak le kami lepak situ. Then ambik teksi balik hotel. Dalam 18 yuan je. Teksi sini pakai meter. So, memang susah nak ditipu kecuali diorang melencong jalan jauh kan..

Shangxiajiu Lu pedestrian street


Tips:

Baima Clothes Wholesale Market .16 Zhannan Rd Guangzhou Guangdong Province 广省广州市站南路16 How to go to Baima clothing wholesale market? Guangzhou Metro: Line 2 or Line 5 ,Get off at Guangzhou Railway Station, Exit D4, then walking 5 minutes. The most popular one, located opposite Guangzhou Railway Station.

Baiyun World Leather Trading Centre: No.1356,1358 Jie Fang Bei Road 解放北路1356-1358号白云皮具世界 . Using Guangzhou Metro: Line 2 or Line 5 ,Get off at Guangzhou Railway Station, Exit B, then walking about 10 minutes

Shangxia Jiu Lu Pedestrian Street is located in the Liwan District of Xiguan. you will see the featured Qi Lou, an old building style that exists in this city and its neighboring areas .Metro Line 1,Take Exit D from Changshou Lu subway station and head south until you reach Dishipu Lu on your left (about 7 minutes depending on the pedestrian crowds). Head east along Dishipu Lu until it becomes Xiajiu Lu. Chinese Name : 上下九商步行街

Thursday, May 15, 2014

Cuti - Cuti Guangzhou : Part I

This holiday started with a not so good note. Memula Mak macam berat hati nak lepaskan kami pegi bercuti due to the MH370 incident. Then, our travelling partner i.e my sis had a miscarriage and had to do D&C just a day before our departure. I was ready to cancel her hotel booking. Tapi dengan semangat yang berkobar-kobar nak melancong, she told me to proceed with our planned trip. Then, my phone rosak lepas balik dari Guangzhou. Habis semua gambar2 kat Guangzhou..huwaa..Tak sempat transfer ke pc. Yang ada ni ihsan dari my sis.

Mak pulak redha jelah dengan anak2 dia yang ketegaq nak p melancong..haha..Doa je banyak-banyak. Dah la kak pun pegi umrah on the same day. So, all her daughters were overseas at the same time. I think Allah permudahkan semua urusan kami partly because of Mak's du'a..

My friend Ida who was supposed to go a day later than us cancelled her trip. Mak dia tak bagi pegi. So, kuranglah our travelling partners.

Kami bertolak dari KL at 5:30am on 19th March 2014. Malam tu dah ambik last flight ke KL from Penang. Lepak je kat airport until our scheduled flight to Guangzhou. We arrived in Guangzhou at 9:45am. About 4 hours flight. Keluar je dari arrival hall terus ke gate A2 untuk ambik bas ke hotel. Only 21 yuan per person. 45 minit je ke hotel. Bas berhenti depan hotel. We stayed at Guangzhou Hotel. Sampai hotel sebelum 12pm. Nasib hotel bagi early check-in.

Guangzhou Baiyun Airport- The 3rd largest airport in China
(pic courtesy from Mr Google )


Hotel Guangzhou


Comel je deco depan lift hotel..


Hotel Guangzhou ni memang convenient. Kat Haizhu square. Dekat one link plaza & shoes plaza. Di belakang hotel ada restoren muslim. Nak ke Beijing Lu pun dalam 1km. Depan hotel tu Pearl River. Nak ke river cruise jalan kaki je. Subway station pun kat luar entrance hotel je i.e Haizhu Plaza station.

Lepas mandi, kami makan kat restoren belakang hotel tu. Then menuju ke One link Plaza. Masa ni aura shopping tak mai lagi. Penat kut. Tengok barang2 pun macam di awang-awangan je. So, we decided to take a rest first at our hotel.

Restoren muslim belakang hotel.


Malam tu keluar ke Beijing Lu. Kat sini first time kami merasa sate kambing di Guangzhou yang sangat sedap & lembut. Dah jadi ketagih pulak. Every day kami makan. 3 yuan secucuk. Sate kambing ni memang ada kat tempat tumpuan pelancong. Halal ye..

Sate kambing ada di merata-rata area shopping..


Beijing Lu ni pedestrian street. For me, tak banyak yang menarik pun kat sini. Ada 2 halal restaurants i.e makanan lombok & chinese muslim food. Tapi..kalau siang, dari hotel Guangzhou ke Beijing Lu, ada leather street & accesories street in between. Malam ni sempatlah beli 2-3 jenis barang before kami balik beradu..:-)

Dim Sum kat restoren di Beijing Lu


Beijing Lu 
( pic courtesy from mr google.. ;-))